IIUM Repository

Keberkesanan pembelajaran sastera Arab menggunakan aplikasi teknologi di kalangan penutur bukan Arab di UIAM

Ahmad H.Osman, Rahmah and Jaffer, Usman and Mohamad Noor, Nurulaniza and Norhamizi, Batrisha and Kamaldin, Najibah Fatini and Mahmoud, Ahmad Ragheb and Amiruddin, Ahmad Zaki (2022) Keberkesanan pembelajaran sastera Arab menggunakan aplikasi teknologi di kalangan penutur bukan Arab di UIAM. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7 (48 (December 2022)). pp. 512-526. E-ISSN 0128-164X

[img] PDF (Journal) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (355kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk merungkai keberkesanan pembelajaran sastera Arab menggunakan Aplikasi Teknologi di kalangan penutur bukan arab. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah tinjauan dan kaedah analisis. 51 pelajar Jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik bagi mencapai tiga objektif kajian; mengenal pasti aplikasi teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sastera Arab, mengkaji cabaran yang dihadapi dalam menggunakan aplikasi teknologi dalam pembelajaran sastera Arab, dan meneroka kesan pembelajaran sastera Arab menggunakan aplikasi teknologi. Keputusan soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian komputer (SPSS). Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen tersebut adalah 0.82. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat 7 aplikasi teknologi yang digunakan dalam pembelajaran sastera Arab iaitu Youtube, Facebook, Microsoft Team, Google Classroom, Diwan, Padlet dan Zoom. Sehubungan dengan itu, cabaran utama para pelajar dalam pembelajaran sastera Arab menggunakan aplikasi teknologi adalah kurang fokus dan capaian internet yang lemah. Namun, mereka mendapati bahawa kesan utama yang diperolehi daripada aplikasi teknologi dalam pembelajaran sastera Arab adalah ia telah memudahkan para pelajar untuk menelaah semua bahan rujukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kesusasteraan Arab; Aplikasi Teknologi; Penutur Bukan Arab
Subjects: BPL Islamic education
T Technology > T Technology (General) > T173.5 Technology and Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN
Date Deposited: 30 Dec 2022 11:58
Last Modified: 12 Jun 2023 12:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102594

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year