IIUM Repository

GAJAH DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS RANGKA RUJUK SILANG

Saimon, Aminnudin and Roslan, Muhammad Fuad (2022) GAJAH DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS RANGKA RUJUK SILANG. LSP International Journal, 9. pp. 1-16. E-ISSN 2601-002X

[img]
Preview
PDF
Download (376kB) | Preview

Abstract

Keindahan peribahasa Melayu bukan hanya dapat dilihat melalui penggunaan bahasa yang puitis, namun dapat juga dilihat melalui penghasilan akal budi. Peribahasa yang indah dan mempunyai maksud yang mendalam terhasil melalui penghayatan dan akal budi yang tinggi masyarakat Melayu terhadap persekitaran yang melatari kehidupan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti domain berunsurkan gajah dalam peribahasa berpandukan data korpus yang diperoleh menerusi buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai hasil penulisan Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) dan laman sesawang www.malaycivilization.com. Kajian ini mengaplikasikan Rangka Rujuk Silang (RRS) daripada Kempson (1984). Hasil kajian mendapati unsur gajah berfungsi sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu yang mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Dapatan menunjukkan terdapat 45 peribahasa yang digunakan berobjekkan gajah. Daripada 45 peribahasa, kajian ini membahagikan kepada lima domain, iaitu domain kepimpinan (12 peribahasa) kemanusiaan (14 peribahasa), alam kehidupan (13 peribahasa), jimat cermat (3 peribahasa) dan ilmu pengetahuan (3 peribahasa). Pengamatan dan pengalaman hidup orang Melayu terhadap alam semula jadi menyumbang kepada pemikiran kreatif dalam menyampaikan mesej yang tersirat dengan penuh kesantunan.

Item Type: Article (Letter)
Uncontrolled Keywords: Peribahasa, gajah, domain, Rangka Rujuk Silang dan akal budi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 29 Dec 2022 09:48
Last Modified: 29 Dec 2022 09:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102550

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year