IIUM Repository

Penggunaan kata emotif dalam teks ucapan Perdana Menteri sempena hari kebangsaan

Saimon, Aminnudin (2022) Penggunaan kata emotif dalam teks ucapan Perdana Menteri sempena hari kebangsaan. Pendeta, 13 (2). pp. 25-40. ISSN 1823-6812 E-ISSN 2600-8696

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (517kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa emotif ialah pilihan kata yang digunakan untuk membangkitkan emosi dan bertujuan untuk menimbulkan kesan (tindak balas emosi) kepada khalayak. Perkataan yang digunakan boleh berbeza bagi menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan khalayak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan kata emotif dalam perutusan hari kebangsaan oleh Perdana Menteri Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kata emotif menggunakan Model Penilaian Martin, J. R. dan White, P. R. R. (2005). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks yang memanfaatkan Model Penilaian Martin, J. R dan White, P. R. R. (2005) sebagai landasan teori. Data diperoleh daripada teks ucapan perutusan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 hingga kini, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Teks ucapan hanya berfokuskan ucapan perutusan hari kebangsaan. Hasil dapatan menunjukkan setiap Perdana Menteri menghasilkan pelbagai strategi penggunaan bahasa emotif dalam mengeksploitasi emosi rakyat antaranya bahasa emotif pencapaian, kesyukuran dan kesedihan. Selain itu, Perdana Menteri juga mengeksploitasi emosi rakyat supaya ideologi yang dibawa dapat mempengaruhi dan diterima rakyat.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Bahasa emotif; perutusan hari kebangsaan; Perdana Menteri; Model Penilaian
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 27 Dec 2022 11:26
Last Modified: 27 Dec 2022 11:27
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102312

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year