IIUM Repository

Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan

Ismail, Mohamad Zuber and Mohamad, Akhmal Hakim and Johari, Arina (2022) Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33 (2). pp. 118-145. ISSN 1823-7622 E-ISSN 2735-1904

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menekuni sebuah karya sastera menggunakan satu pendekatan yang telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip bawah Pendekatan Pengurusan, iaitu Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian, Penstafan dan Kawalan. Kajian ini memfokuskan prinsip pertama, iaitu Prinsip Perancangan. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan Model Dimensi Perancangan yang diperkenalkan oleh Sara Beden (2018), iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi (iii) kajian semula strategi (iv) memilih strategi dan, (v) pencapaian objektif. Prinsip Perancangan ini diterapkan dalam novel Silir Daksina (2015) hasil karya Nizar Parman yang telah diangkat dalam sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bawah Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) untuk Zon Sarawak. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasikan bagi mencapai objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti dan menganalisis Prinsip Perancangan yang terdapat dalam teks tersebut. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa Silir Daksina memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam pengaplikasian prinsip perancangan berdasarkan Model Dimensi Perancangan. Prinsip Perancangan yang terdapat dalam novel ini amat signifikan, relevan dan bertepatan untuk diaplikasikan dalam bahan sastera menggunakan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini jelas membuktikan bahawa karya sastera ini mampu membentuk dan menyemai satu sikap dan jati diri khususnya dalam aspek pengurusan yang baik dalam kalangan jiwa generasi muda hari ini. Impaknya, novel yang bertemakan kegigihan dan kecekalan anak muda ini yang diterapkan menggunakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia adalah sesuatu yang wajar dan relevan untuk diketengahkan dan seterusnya dapat memberikan satu sumbangan yang kecil dalam dunia kritikan sastera tanah air dan pendidikan di Malaysia.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, model dimensi perancangan, novel, Silir Daksina, KOMSAS
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 02 Nov 2022 16:55
Last Modified: 16 Jan 2023 12:08
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100970

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year