Abu Bakar, Ibrahim and Man, Sa'adan (2022) Knowledge and readiness analysis of consumers to the implementation of mandatory Malaysia Halal Certification Scheme (MHCS). In: Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Antarabangsa Ke-11 2022, 18-19 October 2022, Online. (Unpublished)
|
PDF
Download (2MB) | Preview |
Abstract
Malaysia telah melaksanakan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara sukarela sejak lebih 46 tahun yang lalu. Pengalaman Malaysia yang panjang ini seharusnya dimanafaatkan untuk melonjakkan perlaksanaan SPHM daripada fasa sukarela kepada fasa wajib dan menyeluruh. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meneliti tahap pengetahuan dan kesediaan pengguna di Malaysia dalam menerima perlaksanaan SPHM secara wajib dan menyeluruh. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif melibatkan pengguna di Malaysia yang dipilih secara rawak berstruktur. Data-data kajian telah dikumpul menggunakan borang soalselidik khusus dan dianalisa menggunakan perisian statistik SPSS 21.0 (Windows). Analisis diskriptif dan inferensi dilakukan terhadap semua data yang diperolehi mengikut parameter yang telah ditetapkan dan dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, nilai purata dan kecenderungan memusat (min, sisihan piawai, median dan mod). Perbanding terhadap dua parameter dilakukan menggunakan ujian khi kuasa dua manakala perbandingan antara tiga atau lebih parameter dilakukan menggunakan ujian ANOVA. Perbezaan data dikira bererti pada tahap keyakinan sebanyak 95% iaitu pada nilai kebarangkalian p<0.05. Hasil kajian ini secara umumnya menunjukkan tahap kefahaman dan kesediaan pengguna berada pada tahap yang memuaskan iaitu pada tahap sederhana tinggi. Namun begitu secara terperincinya terdapat perbezaan tahap kefahaman dan kesediaan secara bererti di kalangan pengguna di Malaysia terutamnaya mengikut faktor bangsa dan agama. Tahap kefahaman dan kesediaan pengguna berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah lebih tinggi berbanding dengan pengguna berbangsa lain yang tidak beragama Islam.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Plenary Papers) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengetahuan, Kesediaan, Pengguna, Sijil Halal |
Subjects: | A General Works > AS Academies and learned societies (General) BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Nutrition Sciences |
Depositing User: | Dr Ibrahim Abu Bakar |
Date Deposited: | 29 Nov 2022 09:48 |
Last Modified: | 29 Nov 2022 09:48 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100923 |
Actions (login required)
View Item |