IIUM Repository

Hubungan antara aktiviti kokurikulum dan koakademik dengan pembangunan elemen stem dan kemahiran insaniah di sekolah

Che Seman, Shamilati and Wan Yusoff, Wan Mazwati and Muda, Muhamad and Mokhtar, Ahmad Shahrol (2022) Hubungan antara aktiviti kokurikulum dan koakademik dengan pembangunan elemen stem dan kemahiran insaniah di sekolah. In: 2nd International Conference on Teacher Education 2022 (2nd ICTE’22), 10-11 October 2022, Kota Bharu, Kelantan..

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan STEM adalah agenda yang diberi penekanan dalam PPPM 2013-2025. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Kokurikulum adalah kegiatan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah yang melibatkan aktiviti kokurikulum (AKK) dan koakademik (AKA). Aktiviti tersebut merupakan salah satu medium untuk membentuk kemenjadian murid yang holistik. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perhubungan antara AKK/AKA dengan elemen STEM dan kemahiran insaniah murid di sekolah- sekolah daerah Kuala Nerus. Terengganu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan secara dalam talian yang melibatkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelaras STEM/Ketua Panitia Sains/Matematik sekolah rendah dan menengah daerah Kuala Nerus. Dapatan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 28.0 secara deskriptif. Hasil analisis dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan elemen STEM dan kemahiran insaniah berada pada tahap penguasaan minimum; AKK/AKA memberi sumbangan dan impak terhadap prestasi akademik murid-murid sekolah daerah Kuala Nerus; serta terdapat perhubungan yang signifikan antara variabel bersandar (KKG, KIK, KDN, KAT, KPK, KEN) dan variabel bebas (sumbangan dan impak AKK/AKA terhadap prestasi murid), tetapi kekuatan korelasi adalah lemah. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum perlu dirancang dan dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif bagi menyokong murid-murid untuk memperoleh kefahaman yang lebih baik terhadap perkara yang dipelajari dan membantu perkembangan kemahiran mereka. Dalam konteks ini, aktiviti kokurikulum perlu dijadikan sebagai alat melalui aktiviti badan beruniform; kelab dan persatuan; sukan dan permainan (1M1S) dengan sisipan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) bagi memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan dengan melengkapkan kelompangan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Uncontrolled Keywords: STEM, Kemahiran Insaniah, Aktiviti Kokurikulum, Aktiviti Koakademik, Prestasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fundamental and Inter-Disciplinary Studies (Effective: 5th Feb 2014)
Depositing User: Dr. Wan Mazwati Wan Yusoff
Date Deposited: 14 Oct 2022 09:01
Last Modified: 14 Oct 2022 09:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100612

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year