Mohd Pazli, Noorain Syahirah and Saimon, Aminnudin (2022) Tahap penguasaan tulisan Jawi: tinjauan terhadap golongan muda, pertengahan dan warga emas. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (1). pp. 128-137. E-ISSN 0128-2573
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (165kB) | Request a copy |
Abstract
Sejajar dengan peredaran zaman ke arah pemodenan, tulisan Jawi turut terpalit dengan isu-isu hangat yang mempersoalkan fungsi tulisan tersebut. Namun begitu, di sebalik kehangatan isu ini, realiti menyedihkan berkenaan tulisan Jawi adalah penggunaan dan pengaplikasian tulisan tersebut yang semakin dilupakan ekoran daripada penggunaan tulisan Rumi kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penguasaan Jawi oleh golongan muda, pertengahan dan warga emas. Seramai 40 orang responden terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif secara deskriptif dan tinjauan. Pemerolehan data bagi kajian ini adalah melalui borang soal selidik dan temu bual secara berstruktur. Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan IBM SPSS 21 bagi mempersembahkan kajian dalam bentuk min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan Jawi bagi ketiga-tiga golongan adalah tinggi berdasarkan tahap nilai skor min. Faktor minat mendominasi dengan purata min keseluruhan bagi faktor minat yang tertinggi dengan skor 4.45 oleh responden warga emas. Selain itu, faktor agama dan identiti menjadi faktor baharu yang turut mempengaruhi tahap penguasaan Jawi.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Jawi, tahap, penguasaan, muda, warga emas, pertengahan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
Date Deposited: | 21 Sep 2022 08:13 |
Last Modified: | 21 Sep 2022 08:15 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100078 |
Actions (login required)
View Item |