IIUM Repository

Strategi ketidaksantunan dalam filem Seri Mersing

Mohamad Taufek, Nur Aisyah and Saimon, Aminnudin (2022) Strategi ketidaksantunan dalam filem Seri Mersing. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (1). pp. 26-48. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (282kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi ketidaksantunan dalam filem Seri Mersing. Isu ketidaksantunan yang terkandung dalam filem Seri Mersing dijadikan tunjang utama dalam kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik transkrip filem Seri Mersing dan analisis kandungan teks bersandarkan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996). Terdapat lima strategi ketidaksantunan yang telah dibangunkan oleh Culpeper (1996), iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, penggunaan sindiran dan menahan kesantunan. Hasil kajian mendapati bahawa strategi ketidaksantunan negatif merupakan strategi tertinggi yang digunakan, iaitu sebanyak 80 ujaran dalam filem Seri Mersing. Strategi menahan kesantunan dicatatkan sebagai kekerapan yang paling minimum. Penelitian terhadap strategi ketidaksantunan dalam kajian filem ini dapat memperlihatkan bahawa orang Melayu menggunakan ujaran berbentuk ketidaksantunan, namun lebih terarah kepada bahasa yang halus dan berkias.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: strategi Ketidaksantunan, Culpeper (1996), filem Seri Mersing, pragmatik, tinjauan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 21 Sep 2022 08:06
Last Modified: 21 Sep 2022 08:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100077

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year