Idrus, Azean Idruwani and Hasnan, Wardiah and Azlan, Siti Aishah and M Ramlee, Nur Insyirah and -, Nofitriyah
(2040)
Penguasaan fonetik Bahasa Melayu melalui integrasi dunia bunyi di Tabika Perpaduan.
PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 17 (2).
pp. 111-123.
ISSN 1823-6812
E-ISSN 2600-8696
Abstract
Kemahiran berbahasa dan sebutan yang tepat merupakan aspek penting dalam perkembangan awal kanak-kanak, khususnya di peringkat tabika atau prasekolah, kerana ia menjadi asas kepada keupayaan berkomunikasi secara berkesan. Namun demikian, masih terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kesukaran menguasai sebutan yang betul, sekali gus menjejaskan kejelasan komunikasi dan penguasaan bahasa mereka. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, medium berasaskan aplikasi dilihat berpotensi membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran sebutan secara lebih interaktif dan menyeronokkan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan sebutan kanak-kanak di Tabika Perpaduan Celik Ilmu serta menilai keberkesanan penggunaan aplikasi digital “Dunia Bunyi” dalam meningkatkan kemahiran tersebut. Seramai 18 orang murid dan 2 orang guru Tabika Perpaduan Celik Ilmu terlibat sebagai sampel kajian. Penglibatan guru adalah penting bagi mendapatkan pandangan berkaitan pelaksanaan aplikasi semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), tahap penerimaan murid, serta keberkesanan penggunaan aplikasi terhadap perkembangan sebutan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual, pemerhatian langsung, dan ujian sebutan. Kajian rintis turut dijalankan bagi menentukan tahap penguasaan sebutan awal kanak-kanak sebelum intervensi dilaksanakan. Hasil analisis mendapati pendigitalan aplikasi “Dunia Bunyi” memberikan impak positif terhadap penguasaan sebutan Bahasa Melayu kanak-kanak di samping membantu guru meningkatkan keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara lebih interaktif dan sistematik.
Actions (login required)
 |
View Item |