Idrus, Azean Idruwani and Mohd Shaffie, Nur Syuaidatul Haneesa and Muhamad Redzwan, Nur Hafiza and Wan Ahmad Afif, Wan Nur Insyirah Qistina and Kadir, Nur Maizatul Asyira and Zaini, Nur Fatihah (2026) Pengintegrasian aplikasi Gimkit dalam pengajaran peribahasa Melayu: analisis keberkesanan dan tahap penguasaan murid tahun enam. Jurnal Al-Sirat, 26 (1). pp. 81-93. ISSN 1823-4313 E-ISSN 2785-9169
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Peribahasa merupakan elemen penting dalam Bahasa Melayu yang mencerminkan nilai budaya, pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu. Dalam konteks pendidikan, penguasaan peribahasa berperanan memperkaya kosa kata murid serta meningkatkan keupayaan mereka menggunakan bahasa secara kiasan dan kontekstual. Namun demikian, murid Tahun Enam masih menghadapi kesukaran memahami maksud tersirat peribahasa, khususnya peribahasa berbentuk kiasan seperti perumpamaan dan kata-kata hikmah. Kesukaran ini menyebabkan murid gagal mengaplikasikan peribahasa secara tepat dalam tugasan lisan dan penulisan, di samping menjejaskan minat mereka terhadap pembelajaran akibat pendekatan pengajaran yang bersifat konvensional dan kurang interaktif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang sukar dikuasai serta menilai keberkesanan aplikasi Gimkit dalam meningkatkan penguasaan peribahasa. Kajian menggunakan reka bentuk campuran yang menggabungkan analisis tematik dan analisis kuantitatif deskriptif terhadap data praujian dan pascaujian melibatkan 20 orang murid.Dapatan menunjukkan bahawa perumpamaan dan kata-kata hikmah merupakan kategori paling mencabar. Penggunaan Gimkit meningkatkan prestasi, motivasi dan keterlibatan murid secara signifikan, selaras dengan Teori Penentuan Kendiri (SDT). Kajian ini mencadangkan integrasi gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa secara lebih efektif.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Peribahasa Melayu, gamifikasi, aplikasi gimkit, pembelajaran, Bahasa melayu |
| Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51 Human settlements. Communities |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr. Azean Idruwani Idrus |
| Date Deposited: | 05 Nov 2026 15:46 |
| Last Update: | 05 Nov 2026 15:46 |
| Queue Number: | 2026-10-Q6028 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/132486 |
| Indexed In: | Google Scholar, MyCite |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
