IIUM Repository

Zakat untuk golongan berhutang di Malaysia: prinsip dan penelitian

Ismail, Halim (2026) Zakat untuk golongan berhutang di Malaysia: prinsip dan penelitian. Halim bin Ismail, Selangor, Malaysia. ISBN 9786299323907

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Buku ini meneroka pengurusan dan pengagihan zakat khusus untuk asnaf al-Gharimin (golongan yang berhutang) di Malaysia. Penulisan ini dihasilkan atas kesedaran terhadap tekanan ekonomi dan cabaran hidup masyarakat moden yang semakin mencabar, di samping wujudnya perbezaan kefahaman serta kaedah agihan zakat antara institusi zakat di pelbagai negeri di Malaysia. Buku ini memulakan perbahasan dengan konsep asas zakat, dalil pensyariatan daripada al- Quran, Sunah, dan Ijmak, serta prinsip pengagihan dana zakat secara am. Penulis seterusnya memfokuskan perbincangan mendalam mengenai asnaf al-Ghārimīn, merangkumi definisi fuqaha, syarat-syarat kelayakan, dan pembahagian kategori penghutang, iaitu mereka yang berhutang untuk kemaslahatan diri sendiri, kemaslahatan orang lain (seperti mendamaikan perselisihan), mahupun atas dasar jaminan. Selain perbahasan fiqah klasik, buku ini turut menilai isu-isu kontemporari yang melanda masyarakat Islam di Malaysia. Antara isu utama yang diteliti termasuklah peranan zakat dalam membantu individu yang diisytiharkan muflis, mangsa bencana alam seperti banjir, serta keharusan pelaksanaan agihan zakat melalui kaedah pembiayaan pinjaman kebajikan (al-Qarḍ al-Ḥasan). Penulis turut menganalisis pelaksanaan fatwa dan peraturan zakat negeri seperti di Selangor, Terengganu, dan Sarawak untuk melihat amalan semasa serta ruangpenambahbaikan. Karya ini amat sesuai dijadikan rujukan utama buat institusi zakat, ahli akademik, para pelajar, mahupun masyarakat awam.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: zakat, golongan berhutang, malaysia, prinsip agihan
Subjects: BPH Islamic Economics > BPH531 Zakat
BPH Islamic Economics > BPH72 Economic development. Growth. Sustainable development. Sustainability
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: DR HALIM ISMAIL
Date Deposited: 04 Nov 2026 16:54
Last Update: 04 Nov 2026 16:54
Queue Number: 2026-10-Q5988
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/132438
Indexed In: UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item