Azzmi Shahrin, Azzereen Shahreena and Nopiah, Julaina and Muhammad Arif, Nor Hafuza and Rosly, Nurul Jamilah (2026) Metafora ontologi “Hancur” dalam representasi emosi di TikTok: analisis semantik kognitif. In: Seminar Linguistik Kebangsaan (SLiK) 2026, 28 - 29 September 2026, Universiti Malaysia Terengganu.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Metafora merupakan satu konsep yang bersifat abstrak dan pemahamannya memerlukan proses kognitif yang melibatkan pemikiran serta pengalaman individu. Kajian ini meneliti penggunaan leksikal “hancur” sebagai metafora ontologi dalam menggambarkan kemusnahan emosi melalui hantaran di aplikasi TikTok. Menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan, kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk penggunaan leksikal “hancur” dan menganalisis representasi kemusnahan emosi berdasarkan Teori Skema Imej oleh Mark Johnson (1987). Sebanyak 16 hantaran dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan bertujuan, dan 6 data dianalisis secara mikro berdasarkan prinsip ketepuan data. Hasil kajian mendedahkan bahawa leksikal “hancur” dikonseptualisasikan menerusi tiga skema imej utama, iaitu PECAH (breakage), DAYA (force), dan BEKAS (container). Kajian ini membuktikan bahawa bahasa Melayu siber memanfaatkan metafora ontologi bagi menterjemahkan penderitaan emosi abstrak kepada bentuk entiti konkrit.
| Item Type: | Proceeding Paper (Other) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Metafora ontologi, skema imej, semantik kognitif, metafora konseptual, TikTok |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | NOR HAFUZA MUHAMMAD ARIF |
| Date Deposited: | 23 Oct 2026 10:24 |
| Last Update: | 23 Oct 2026 10:24 |
| Queue Number: | 2026-10-Q5806 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131993 |
| Indexed In: | UNSPECIFIED |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
