Nopiah, Julaina and Azhan, Nurhuda Maisarah (2026) Unsur feminisme dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif (elements of feminism in Malay proverbs: an inquisitive semantic study). International Journal of the Malay World and Civilisation, 14 (1). pp. 35-51. ISSN 2289-1706 E-ISSN 2289-4268
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Dalam arus modenisasi bahasa, penggunaan peribahasa Melayu kini semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat masa kini. Peribahasa merupakan susunan kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu dan biasanya merujuk kepada maksud yang tersirat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan unsur feminisme yang terdapat dalam peribahasa Melayu berdasarkan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) dan Rangka Rujuk Silang (RRS). Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif. Data kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu gemar menggunakan objek tertentu seperti bulan, bunga, nama burung serta perigi bagi merujuk kepada perempuan dalam peribahasa. Justeru, sebanyak empat objek peribahasa yang difokuskan dalam kajian ini, iaitu bulan, murai, merpati dan perigi. Hasil kajian mendapati objek peribahasa seperti bulan merujuk kepada keterampilan, murai dan merpati merujuk kepada tingkah laku, manakala perigi merujuk kepada fitrah. Hakikatnya, setiap objek perlambangan yang dipilih dalam kajian ini mempunyai falsafah dan akal budi yang tersendiri. Falsafah dan akal budi tersebut terjelma melalui makna yang tersembunyi di sebalik unsur feminisme yang digunakan dalam pelbagai aspek seperti sifat, peristiwa dan objek yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Unsur-unsur ini bukan sahaja mencerminkan pandangan budaya terhadap peranan dan nilai wanita, tetapi turut membentuk cara orang Melayu berfikir, menilai, dan menyesuaikan diri dengan norma sosial yang diwarisi. Dalam konteks ilmu semantik, penzahiran ini membuktikan bahawa peribahasa bukan sekadar ungkapan linguistik, sebaliknya merupakan sistem pengetahuan budaya yang kompleks, yang membolehkan makna dikonstruk secara berlapis menerusi perlambangan dan pengetahuan kolektif.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Semantik Inkuisitif, feminisme, peribahasa, akal budi, masyarakat Melayu |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Julaina Nopiah |
| Date Deposited: | 08 Oct 2026 16:44 |
| Last Update: | 08 Oct 2026 16:44 |
| Queue Number: | 2026-10-Q5487 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131772 |
| Indexed In: | Google Scholar, MyCite |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
