IIUM Repository

Orientasi penggunaan Hadis Said Nursi dalam Risalah al-Nur

Che Rahim, Nur Aina Mardhiah and Musa, Nik Yusri and Fatah Yasin, Raudlotul Firdaus (2026) Orientasi penggunaan Hadis Said Nursi dalam Risalah al-Nur. BITARA International Journal for Civilizational Studies and Human Sciences, 9 (3). pp. 115-130. E-ISSN 2600-9080

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (490kB) | Request a copy

Abstract

Abstrak Hadis Nabi SAW merupakan sumber kedua ajaran Islam selepas al-Quran dan mempunyai kedudukan yang penting dalam pembentukan pemikiran umat Islam. Dalam tradisi intelektual Islam moden, Said Nursi merupakan antara tokoh yang memberikan perhatian yang besar terhadap autoriti dan fungsi hadis dalam memahami agama. Melalui karya monumentalnya, Risalah Al-Nur, beliau menampilkan pelbagai pandangan yang mencerminkan pegangan dan kefahamannya terhadap hadis sebagai sumber petunjuk yang tidak dapat dipisahkan daripada al Quran. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis orientasi hadis Said Nursi berdasarkan pemikiran yang dikemukakan dalam Risalah Al-Nur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian kepustakaan dengan menganalisis pegangan dan kefahaman beliau terhadap hadis serta memetik beberapa teks-teks terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa Said Nursi meletakkan hadis pada kedudukan yang tinggi sebagai sumber autoritatif dalam Islam serta menegaskan peranannya dalam menjelaskan, mentafsir dan memperkukuhkan kefahaman terhadap ajaran al-Quran. Orientasi hadis beliau turut dibina atas prinsip penghormatan terhadap al Sunnah, keselarasan antara al-Quran dan hadis, serta penekanan terhadap hikmah dan tujuan yang terkandung dalam hadis. Di samping itu, beliau melihat hadis sebagai sumber yang sentiasa relevan dalam membimbing manusia menghadapi cabaran kehidupan dan perubahan zaman. Kajian ini menunjukkan bahawa orientasi hadis Said Nursi mencerminkan kesetiaan beliau terhadap manhaj Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah di samping memperlihatkan usaha mempertahankan autoriti hadis dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran intelektual moden. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam terhadap pemikiran hadis Said Nursi serta memperkayakan perbincangan dalam bidang kajian hadis kontemporari. Abstract Hadith, the second primary source of Islamic teachings after the Qur’an, occupies a central position in shaping Muslim thought and understanding of religion. Within the tradition of modern Islamic intellectualism, Said Nursi is regarded as one of the prominent scholars who devoted considerable attention to the authority and function of Hadith in comprehending Islam. Through his monumental work, Risalah Al-Nur, he articulated various perspectives that reflect his beliefs and understanding of Hadith as a source of guidance inseparable from the Qur’an. Therefore, this article aims to analyse Said Nursi’s orientation towards Hadith based on the ideas presented in Risalah Al-Nur. This study employs a qualitative approach based on library research by examining his views and understanding of Hadith, as well as analysing selected passages from his writings. The findings reveal that Said Nursi accorded Hadith a highly authoritative position in Islam and emphasized its role in explaining, interpreting, and strengthening the understanding of Qur’anic teachings. His orientation towards Hadith is founded upon the principles of reverence for the Sunnah, harmony between the Qur’an and Hadith, and an emphasis on the wisdom and objectives embodied in the Prophetic traditions. Furthermore, he regarded Hadith as a timeless source of guidance capable of directing humanity in confronting the challenges of life and the changing circumstances of different eras. The study demonstrates that Said Nursi’s Hadith orientation reflects his adherence to the methodology of Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah while simultaneously illustrating his efforts to uphold the authority of Hadith in the face of modern intellectual challenges. It is hoped that this study will contribute to a deeper understanding of Said Nursi’s Hadith thought and enrich contemporary discussions in the field of Hadith studies.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Keywords: Said Nursi, Risalah al-Nur, Hadith Orientation, Kata Kunci: Said Nursi, Risalah Al-Nur, Orientasi Hadis
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP135 Hadith literature. Traditions. Sunna
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Dr Raudlotul Firdaus Fatah Yasin
Date Deposited: 12 Sep 2026 09:43
Last Update: 12 Sep 2026 09:50
Queue Number: 2026-09-Q5050
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131180
Indexed In: Google Scholar, MyCite

Actions (login required)

View Item View Item