IIUM Repository

Pelihara perpaduan yang terbina melalui sukan

Rusly, Roslan (2026) Pelihara perpaduan yang terbina melalui sukan. Pelihara perpaduan yang terbina melalui sukan, 18 (18). p. 16.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (460kB) | Request a copy

Abstract

Sukan bukan sekadar medan persaingan untuk mencapai kemenangan, malah berperanan sebagai wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Artikel ini membincangkan bagaimana penglibatan dan sokongan terhadap sukan mampu mewujudkan semangat kebersamaan serta merapatkan hubungan antara masyarakat. Fenomena seperti Piala Dunia, Piala Thomas, Piala Dunia Sepak Takraw, MotoGP, Sukan Komanwel dan SUKMA memperlihatkan bagaimana rakyat dapat bersatu hati dalam menyokong atlet dan pasukan negara tanpa mengira perbezaan. Dalam konteks media sosial, kandungan berkaitan sukan turut menyediakan ruang yang lebih positif kepada masyarakat untuk berkongsi minat, keterujaan dan pengalaman bersama, sekali gus mengalihkan perhatian daripada polemik serta isu sensitif. Nilai seperti kerjasama, toleransi, saling menghormati dan semangat kenegaraan yang lahir melalui sukan perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian dan tidak terhad kepada tempoh sesuatu kejohanan. Sehubungan itu, sukan wajar dimartabatkan sebagai instrumen perpaduan nasional yang dapat menghapuskan jurang perkauman dan memperkukuh keharmonian masyarakat. Pemeliharaan semangat kebersamaan melalui sukan penting bagi memastikan nilai perpaduan terus diwarisi dan diperkasakan oleh generasi akan datang.

Item Type: Article (Newspaper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H96 Public policy (General), Policy sciences
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Office of the Rector
Depositing User: Mr Roslan Rusly
Date Deposited: 13 Aug 2026 00:38
Last Update: 13 Aug 2026 00:38
Queue Number: 2026-08-Q4695
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130745

Actions (login required)

View Item View Item