Suhaimi, Nurul Ain Sana'a and Rosly, Nurul Jamilah (2026) Unsur semiotik dalam dialog filem ‘Tiga Abdul’ arahan P.Ramlee (1964). Jurnal Linguistik, 30 (1). pp. 122-139. ISSN 1823-9242
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (609kB) | Request a copy |
Abstract
Semiotik dalam filem merujuk kepada kajian tentang tanda, simbol dan makna yang disampaikan melalui unsur visual, audio, dialog, serta naratif. Dalam konteks filem, semiotik membantu penonton memahami ideologi, nilai budaya, dan mesej tersembunyi yang disampaikan oleh pengarah filem. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur semiotik dalam dialog filem Melayu klasik Tiga Abdul arahan P. Ramlee, serta meneliti bagaimana dialog tersebut berfungsi sebagai medium penyampaian ideologi kepada penonton di samping mencerminkan budaya masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan menggunakan pendekatan teori Roland Barthes (1915-1980). Kajian ini memfokuskan kepada filem Tiga Abdularahan P. Ramlee. Pendekatan Roland Barthes telah memperkenalkan Teori Two Order Significations atau signifikasi dua peringkat iaitu penanda (signifier) dan petanda (signified). Elemen yang diaplikasikan bagi membantu kajian ini adalah pada peringkat denotasi, konotasi dan mitos. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa filem Tiga Abdul (1964) sarat dengan tanda-tanda semiotik yang mencerminkan nilai budaya, ideologi masyarakat dan kritikan sosial secara tersirat yang terbukti melalui kadar peratusan dialog yang tertinggi bertemakan sindiran sosial dan satira, iaitu lima dialog, tema konflik kekeluargaan dan tema kuasa dan hierarki masing-masing empat dialog dan yang terakhir tema cinta dan manipulasi emosi sebanyak tiga dialog. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa filem bukan sekadar medium hiburan tetapi juga berperanan sebagai alat komunikasi budaya dan penyampai mesej sosial. Kesimpulannya, pendekatan Semiotik Roland Barthes membuka ruang interpretasi yang luas terhadap filem, sekali gus mengukuhkan peranan filem sebagai cerminan masyarakat.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | semiotik, filem Melayu klasik, gender, makna, ideologi |
| Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Nurul Jamilah Rosly |
| Date Deposited: | 11 Aug 2026 15:16 |
| Last Update: | 11 Aug 2026 15:16 |
| Queue Number: | 2026-08-Q4653 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130695 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
