IIUM Repository

Pemerolehan kata nama am generasi Alfa: animasi Upin dan Ipin

Ahmad Zaki, Nur Farzana and Aziz, Nik Nurfahana and Hasnan, Nur Nustratina Dayana and Mohd Ridzuan, Adieba Raihanna and Ismail, Muhammad Iqbal Adha and Nahar, Nora'Azian (2026) Pemerolehan kata nama am generasi Alfa: animasi Upin dan Ipin. International Young Scholars Journal of Languages (IYSJL), 9 (1). pp. 58-69. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (224kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan kata nama am bahasa Inggeris dalam pertuturan bahasa Melayu semakin meluas dalam kalangan generasi Alfa, sekali gus menunjukkan kelemahan dalam penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu. Fenomena ini dipengaruhi oleh pendedahan berterusan kepada media animasi yang menampilkan penggunaan bahasa campuran, menyebabkan kanak-kanak meniru bentuk bahasa tanpa memahami sistem bahasa yang betul. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh media animasi terhadap pemerolehan kata nama am bahasa Melayu dalam kalangan generasi Alfa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur terhadap 7 orang ibu bapa atau penjaga. Analisis kandungan juga digunakan bagi mengenal pasti jenis dan fungsi kata nama am yang digunakan dalam siri animasi ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa jenis kata nama am digunakan dalam siri animasi ini khususnya dalam golongan hidup dan tak hidup. Hasil dapatan temu bual menunjukkan hubungan positif antara kata nama am dan kesannya terhadap generasi Alfa terutama ketika mengaplikasikan perkataan dalam komunikasi harian, meningkatkan kosa kata dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama generasi Alfa. Teori Sistemik Fungsional Linguistik (1978) telah menyokong dapatan kajian ini. Oleh itu, pentingnya kajian tentang bidang morfologi, khususnya kata nama am dalam animasi kerana generasi Alfa yang akan meneruskan penggunaan bahasa Melayu pada masa akan datang.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: animasi, bahasa Melayu, generasi AlfaX, kata nama am
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 10 Aug 2026 16:00
Last Update: 10 Aug 2026 16:00
Queue Number: 2026-08-Q4636
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130518

Actions (login required)

View Item View Item