IIUM Repository

Analisis kesalahan kata hubung oleh penggiat Youtube penutur bukan natif

Ahmad Fuad, Nik Ahmad Daniel Farhan and Mohd Yaakub, Nor E'zzati and Nahar, Nora'Azian (2026) Analisis kesalahan kata hubung oleh penggiat Youtube penutur bukan natif. International Young Scholars Journal of Languages (IYSJL), 9 (1). pp. 86-100. E-ISSN 3122-6744

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (302kB) | Request a copy

Abstract

Penutur bukan natif bahasa kedua cenderung untuk melakukan kesilapan dalam pertuturan mereka dalam bahasa tersebut. Kajian ini mengenal pasti penggunaan kata hubung dalam kandungan video yang dihasilkan oleh penggiat Youtube yang bukan penutur asli bahasa sasaran. Fokus utama adalah menganalisis bagaimana penutur ini menggunakan kata hubung untuk menyampaikan idea secara tersusun dan lancar dalam bahasa kedua. Pengkaji memperoleh data daripada video dipilih berdasarkan variasi latar belakang penutur, termasuk bahasa ibunda dan tahap penguasaan bahasa. Analisis melibatkan kaedah kualitatif menggunakan pendekatan pemerhatian langsung, transkripsi dan kaedah kepustakaan untuk mengenal pasti jenis kata hubung yang sering digunakan, kesalahan berulang, serta pengaruh faktor seperti bahasa ibunda dan strategi komunikasi. Hasil kajian mendapati kekerapan tertinggi kesalahan kata hubung yang dilakukan adalah jenis kata hubung pancangan keterangan dengan 18 kesalahan, diikuti kata hubung gabungan dengan dua kesalahan dan kata hubung relatif dengan satu kesalahan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa penutur bukan natif cenderung melakukan kesilapan (Error) dan kekeliruan (mistakes) dalam bahasa kedua berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Bahasa Corder (1981). Kajian lanjutan perlu dilakukan lagi bagi memberikan kesedaran akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul di media sosial seperti Youtube.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: bahasa kedua, kata hubung, komunikasi digital, penutur bukan natif, Youtube
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 07 Aug 2026 15:46
Last Update: 07 Aug 2026 15:46
Queue Number: 2026-08-Q4521
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130517

Actions (login required)

View Item View Item