IIUM Repository

Globalisasi bahasa dan percampuran kod dalam papan iklan perniagaan: satu analisis linguistik kontemporari

Ahmad Daud, Aliah Ixora and Nahar, Nora'Azian (2026) Globalisasi bahasa dan percampuran kod dalam papan iklan perniagaan: satu analisis linguistik kontemporari. International Young Scholars Journal of Languages (IYSJL), 9 (1). pp. 1-18. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF (IIUM Press) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (280kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan percampuran kod dalam ruang awam semakin berleluasa seiring dengan perkembangan gaya hidup dan kepelbagaian latar masyarakat di Malaysia. Fenomena ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam papan iklan perniagaan yang mempamerkan pelbagai bentuk pencampuran bahasa. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis jenis percampuran kod yang digunakan dalam papan iklan berdasarkan teori Muysken (2000) serta meneliti persepsi masyarakat terhadap penggunaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi dua kaedah pengumpulan data. Bagi objektif pertama, kaedah dokumentasi digunakan untuk mengenal pasti bentuk percampuran kod pada 20 contoh papan iklan. Bagi objektif kedua pula, soal selidik berbentuk terbuka telah digunakan dan diedarkan kepada 20 responden pelbagai latar belakang demografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis percampuran kod yang diperkenalkan oleh Muysken, iaitu penyisipan (insertion), pertukaran (alternation), dan pelakuran leksikal sejajar (congruent lexicalization) dapat dikenal pasti, dengan bentuk pertukaran sebagai jenis yang paling dominan. Selain itu, majoriti responden menyatakan bahawa penggunaan percampuran kod dalam iklan adalah berkesan dari segi menarik perhatian pengguna dan sesuai dengan gaya komunikasi semasa dalam masyarakat multilingual di Malaysia. Namun begitu, terdapat juga sebahagian responden yang menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi percampuran kod terhadap status bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa masyarakat menerima percampuran kod dalam iklan dengan syarat digunakan secara seimbang dan tidak menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan. Kajian ini memberikan gambaran jelas tentang penggunaan strategi linguistik dalam iklan komersial mencerminkan realiti sosial dan budaya masyarakat Malaysia.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu, iklan, multilingual, papan iklan, percampuran kod
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 07 Aug 2026 15:33
Last Update: 07 Aug 2026 15:33
Queue Number: 2026-08-Q4518
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130515

Actions (login required)

View Item View Item