Onn @Nor Azhari, Muhammad Afif and Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2026) Kefahaman dialek negeri Perak dalam kalangan pelajar UIAM Pagoh. International Young Scholars Journal of Languages, 9 (1). pp. 70-85. E-ISSN 0128-2573
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (194kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap kefahaman pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh terhadap dialek negeri Perak yang kaya dengan keunikan fonologi, leksikal dan sintaksis tersendiri. Dialek ini berpotensi menjadi cabaran komunikasi bagi mereka yang bukan penutur jati, terutamanya dalam konteks pendidikan tinggi yang bersifat pelbagai latar belakang geografi dan etnik. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap dialek Perak serta menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada penurunan kefahaman tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fenomenologi dan melibatkan temu bual separa berstruktur ke atas 10 orang pelajar bukan berasal dari Perak yang pernah terdedah kepada dialek ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman terhadap dialek Perak dalam kalangan pelajar adalah terhad dan bersifat kontekstual, dengan hanya beberapa kosa kata popular yang difahami secara terasing. Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada penurunan kefahaman adalah dominasi penggunaan bahasa Melayu standard, ketiadaan pendedahan formal terhadap dialek, ciri linguistik yang mengelirukan serta pengaruh media dan teknologi. Kajian ini mencadangkan agar program pendedahan linguistik dan budaya diperluas, khususnya dalam sistem pendidikan, bagi memastikan kelestarian dialek tempatan seperti dialek Perak dalam kalangan generasi muda.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Dialek Perak, Kefahaman, Bahasa Melayu Standard, Linguistik |
| Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI |
| Date Deposited: | 06 Aug 2026 12:46 |
| Last Update: | 06 Aug 2026 12:46 |
| Queue Number: | 2026-07-Q4479 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130466 |
| Indexed In: | UNSPECIFIED |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
