IIUM Repository

Analisis lakuan tutur ilokusi dalam iklan perniagaan di media sosial

Ibrahim, Sarah and Rosly, Nurul Jamilah (2026) Analisis lakuan tutur ilokusi dalam iklan perniagaan di media sosial. LSP International Journal, 13 (1). pp. 47-58. E-ISSN 2601-002X

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Lakuan tutur ilokusi merupakan bahasa yang digunakan untuk merungkai pelbagai jenis perasaan dan emosi, di samping menayangkan tingkah laku dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan memberikan fokus utama kepada pengenalpastian dan penganalisisan lakuan tutur ilokusi yang berlaku dalam iklan perniagaan di media sosial mengikut acuan Teori Searle (1969). Kaedah kajian yang diaplikasi bagi menganalisis data kajian adalah melalui transkripsi yoteks daripada video yang mengandungi ujaran lakuan tutur ilokusi dan dimasukkan ke dalam jadual. Data kajian diperoleh daripada platform media sosial Youtube, Facebook, Tik tok dan Instagram. Dapatan kajian mendapati terdapat lima jenis lakuan tutur ilokusi yang wujud dalam ujaran iklan perniagaan di media sosial iaitu lakuan tutur asertif, direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif. Hasil kajian turut mendapati bahawa lakuan tutur ekspresif merupakan lakuan pertuturan yang paling dominan digunakan dalam ujaran iklan perniagaan di media sosial iaitu sebanyak sepuluh kekerapan, manakala lakuan tutur yang paling kurang digunakan ialah lakuan pertuturan deklaratif, iaitu hanya tiga kekerapan. Sehubungan itu, pengaplikasian Teori Searle (1969) secara komprehensif dalam iklan perniagaan di media sosial dilihat mampu memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai lakuan tutur serta kesan yang berlaku kepada individu yang terlibat sebagai peniaga dan pelanggan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Lakuan tutur, ilokusi, iklan perniagaan, media sosial, Teori Searle (1969)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 03 Aug 2026 16:59
Last Update: 03 Aug 2026 16:59
Queue Number: 2026-07-Q4473
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130462

Actions (login required)

View Item View Item