Mohd Noor, Muhammad Nazirul, ed. (2026) Ayuh ! Cendekia bahasa pengenalan asas Bahasa Melayu. KSTCL Press, Johor, Malaysia. ISBN 9789672771524
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Buku Ayuh! Cendekia Bahasa: Pengenalan Asas Bahasa Melayu merupakan bahan pembelajaran asas bahasa Melayu yang dibangunkan khusus untuk membantu pelajar Kelas Peralihan menguasai kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. Kandungan buku ini diselarikan dengan KSKP, iaitu Kurikulum Standard Kelas Peralihan, bagi memastikan pembelajaran yang disampaikan sesuai dengan keperluan, tahap penguasaan dan konteks pembelajaran murid peralihan. Buku ini mengandungi lima topik utama yang disusun secara berperingkat, bermula daripada penguasaan asas bahasa hingga kepada penggunaan bahasa dalam situasi harian. Topik pertama memperkenalkan asas sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, yang membantu pelajar membina keyakinan dalam menyebut perkataan dengan betul serta mengenal bentuk ejaan yang tepat. Topik kedua pula memberi tumpuan kepada pengenalan diri, membolehkan pelajar memperkenalkan nama, latar belakang dan maklumat asas diri dalam bahasa Melayu. Seterusnya, topik ketiga membincangkan keluarga dan kawan, yang membantu pelajar menggunakan kosa kata dan ayat mudah berkaitan hubungan sosial serta persekitaran terdekat mereka. Topik keempat pula berkaitan masa dan hobi, yang memberi peluang kepada pelajar untuk menyatakan rutin harian, minat serta aktiviti kegemaran. Topik terakhir, iaitu beli barang, memperkenalkan penggunaan bahasa Melayu dalam situasi jual beli dan komunikasi asas di tempat awam. Setiap topik dalam buku ini turut diselarikan dengan tema-tema penting dalam KSKP seperti Kesihatan dan Kebersihan, Keselamatan, Jati Diri dan Patriotisme. Penyelarasan ini menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih bermakna kerana pelajar bukan sahaja mempelajari bahasa, malah turut didedahkan kepada nilai kehidupan, amalan baik dan kesedaran sebagai anggota masyarakat. Secara keseluruhannya, buku ini berperanan sebagai bahan sokongan yang praktikal, tersusun dan sesuai digunakan oleh guru serta pelajar Kelas Peralihan. Melalui pendekatan yang mudah, kontekstual dan bertema, buku Ayuh! Cendekia Bahasa diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan, kefahaman dan keupayaan merekauntuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LT Textbooks |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Mr Muhammad Nazirul Mohd Noor |
| Date Deposited: | 13 Aug 2026 15:04 |
| Last Update: | 13 Aug 2026 15:04 |
| Queue Number: | 2026-08-Q4728 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130300 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
