Zakaria, Rozanizam
(2026)
Lindungi anak istimewa dengan pelan keselamatan yang proaktif.
Tinta Minda Bernama, - (-).
Abstract
Baru-baru ini, media sosial kita dihujani dengan berita pilu tentang tragedi seorang anak autisme yang ditemui lemas.
Peristiwa yang menyayat hati ini bukan sekadar sebuah berita duka, malah ia merupakan satu peringatan yang sangat penting buat kita semua. Bagi sesetengah kanak-kanak, bahaya yang mendatang bukan berpunca daripada kenakalan atau kedegilan, tetapi kerana cabaran dalam aspek perkembangan mereka sendiri.
Kanak-kanak dengan gangguan perkembangan seperti gangguan spektrum autisme (ASD), gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktiviti (ADHD) serta ketidakupayaan intelektual mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecederaan, eksploitasi dan menjadi mangsa berbanding rakan sebaya mereka.
Mereka terdedah kepada bahaya fizikal seperti kemalangan jalan raya, lemas dan keracunan, serta bahaya sosial seperti buli, penderaan dan pengabaian. Kesukaran dalam perhatian, impulsiviti, komunikasi sosial dan pemprosesan sensori boleh menjejaskan kesedaran terhadap keselamatan, menyebabkan aktiviti harian seperti melintas jalan, bermain di luar atau bergerak di kawasan sekolah menjadi lebih berisiko.
Kajian menunjukkan bahawa risiko yang meningkat ini juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Sebagai contoh, kanak-kanak dengan ADHD mungkin tersalah menganggarkan kelajuan atau jarak kenderaan yang sedang menghampiri, atau bertindak secara impulsif berhampiran jalan raya. Kanak-kanak dengan autisme atau ketidakupayaan intelektual pula mungkin menghadapi kesukaran memahami arahan keselamatan atau mentafsir papan tanda keselamatan yang kompleks.
Actions (login required)
 |
View Item |