IIUM Repository

Analisis Tatabahasa dalam Teks Ucapan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat

Shamsul Abdul Shukor, Nurjeha and Nahar, Nora'Azian (2025) Analisis Tatabahasa dalam Teks Ucapan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat. INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 8 (1). pp. 1-22. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (366kB) | Preview

Abstract

Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] bertujuan untuk mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan. Oleh itu, setiap teks rasmi mestilah menggunakan tatabahasa dan ayat yang baik dan cemerlang. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan menganalisis kesalahan tatabahasa dalam teks ucapan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui kaedah analisis teks untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam aspek morfologi dan ortografi. Teori Transformasi Generatif digunakan sebagai kerangka teoritikal dengan panduan rumus Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim et al. (2015). Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa dalam aspek morfologi dan ortografi. Kesalahan morfologi yang dijumpai adalah seperti kesalahan kata ganti nama, imbuhan kata kerja dan kata sendi nama. Bagi aspek ortografi, kesalahan tatabahasa melibatkan kesalahan ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris, ejaan bahasa Melayu dan kesalahan penggunaan tanda baca dalam ayat. Dapatan kajian ini diharapkan mengurangkan kesalahan tatabahasa dalam teks rasmi kerajaan yang lain dan membantu meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan penjawat awam.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: urusan rasmi, tatabahasa, teks ucapan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, morfologi, ortografi
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Muhammad Aiman Basri
Date Deposited: 16 Jun 2026 11:04
Last Modified: 16 Jun 2026 11:04
Queue Number: 2026-06-Q3770
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/129459

Actions (login required)

View Item View Item