Shalihin, Mohd Shaiful Ehsan (2026) Daging qurban dan kolesterol: adakah benar? The Malaysian Medical Gazette, Public health / Kesihatan Awam (21 May 2026). pp. 1-5.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Ibadah qurban merupakan salah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Ianya dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha dan tiga hari berikutnya (tasyrik). Umat Islam bukan sahaja menzahirkan ketaatan kepada Allah SWT, malah turut menghayati erti pengorbanan, kasih sayang dan perkongsian rezeki sesama masyarakat. Daging qurban pula lazimnya diagihkan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan golongan yang memerlukan. Namun begitu, terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa pengambilan daging qurban, khususnya daging lembu atau kambing, boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dan menjejaskan kesihatan. Adakah ini benar? Atau tangggapan yang salah semata-mata? Dari sudut Islam, ibadah qurban mempunyai nilai yang sangat besar. Ibadah qurban disyariatkan sempena memperingati ketaatan mutlak Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s., atas perintah Allah SWT. Melalui ibadah ini, umat Islam diajar tentang keikhlasan, pengorbanan dan kepentingan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu, pengagihan daging qurban dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat. Golongan miskin dan memerlukan juga berpeluang menikmati sumber protein berkualiti yang mungkin sukar diperoleh pada hari biasa. Binatang yang disembelih juga adalah yang terbaik dan sihat. Daging yang diperolehi terus adalah yang segar pada hari penyembelihan.
| Item Type: | Article (Electronic Media) |
|---|---|
| Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RA Public aspects of medicine R Medicine > RC Internal medicine |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011) |
| Depositing User: | Dr Mohd Shaiful Ehsan Shalihin |
| Date Deposited: | 05 Jun 2026 16:28 |
| Last Modified: | 05 Jun 2026 16:28 |
| Queue Number: | 2026-05-Q3571 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/129154 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
