Mustapha, Musaab and Rosly, Nurul Jamilah (2026) Bahasa kiasan dalam lirik lagu rahsia tuhan: analisis semantik inkuisitif. Jurnal Melayu, 25 (1). pp. 1-23. ISSN 1675-7513
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (731kB) | Request a copy |
Abstract
Lagu merupakan seni karya yang melambangkan identiti budaya dan kehidupan masyarakat. Seni karya ini mempunyai pelbagai genre termasuk genre indie yang kian mendapat perhatian di Malaysia kerana menggunakan bahasa kiasan sebagai wadah penyampaian falsafah dan nasihat kepada khalayak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan ungkapan bahasa kiasan di dalam lirik lagu Rahsia Tuhan berdasarkan semantik inkuisitif. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penganalisisan ungkapan kiasan dalam lirik lagu Rahsia Tuhan melalui Rangka Rujuk Silang (RRS), yang merujuk silang dalam ayat-ayat yang tidak mempunyai anteseden untuk mencungkil akal budi secara mendalam. Hasil kajian mendapati lirik lagu Rahsia Tuhan kaya dengan nasihat dan teguran yang berkaitan unsur ketuhanan, kekeluargaan, kehidupan, dan kesunyian. Falsafah yang terkandung dalam tujuh ungkapan bahasa kiasan tersebut adalah merangkumi pengajaran, nasihat, dan nasihat kepada masyarakat agar menjaga hubungan antara Tuhan, sesama manusia serta kesihatan mental demi kesejahteraan hidup. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan keberkesanan pendekatan semantik inkuisitif dalam merungkai lapisan makna dan falsafah pengarang secara sistematik. Selain menyumbang kepada bidang ilmu, kajian ini menyerlahkan potensi muzik genre indie sebagai medium penyampaian nilai akal budi Melayu kontemporari
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Bahasa Kiasan, Falsafah, Semantik Inkuisitif, Akal Budi, Lirik Lagu |
| Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Nurul Jamilah Rosly |
| Date Deposited: | 30 Apr 2026 16:48 |
| Last Modified: | 30 Apr 2026 16:48 |
| Queue Number: | 2026-04-Q3113 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128718 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
