Abdul Rahman, Mohammad Syukri and Man, Saupi and Daoh, Muhammad and Hussin, Md Noor and Zainuddin, Azammuddin and Hasan, Yaakob and Ab. Latif, Khairatul Akmar and Zulkefli, Zarith Sofia (2025) Persekitaran bertutur bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor = The Arabic-speaking environment in Integrated Religious Primary School (SRAI) Selangor. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7 (26). pp. 1166-1177. E-ISSN 2637-0905
|
PDF
- Published Version
Download (342kB) | Preview |
Abstract
Faktor persekitaran berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam memahami isi pembelajaran serta dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab. Persekitaran pembelajaran yang sesuai lagi kondusif juga memainkan peranan penting dalam penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar. Namun dalam realiti pembelajaran bahasa Arab, ًًWalaupun para pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran serta buku teks yang menarik, namun aspek pertuturan seringkali menjadi cabaran kerana pelajar sering berasa tidak yakin, tidak fasih dan kurang penguasaan kosa kata rentetan daripada persekitaran pembelajaran yang masih lagi kurang memberi impak yang maksimum terhadap penguasaan kemahiran bertutur. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persekitaran bertutur bahasa Arab dalam kalangan murid di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor. Bagi memperoleh data, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menemu bual guru-guru bahasa Arab yang berpengalaman seramai 8 orang dari Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor yang mewakili setiap daerah di Negeri Selangor. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar dan persekitaran sekolah masih memerlukan kepada penambahbaikan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur. Oleh itu, usaha dalam mewujudkan persekitaran bertutur bahasa Arab di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama semua pihak yang terlibat.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Persekitaran Bertutur Bahasa Arab, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor. |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy Kulliyyah of Education |
| Depositing User: | Yaakob bin Hasan |
| Date Deposited: | 07 Sep 2026 16:25 |
| Last Update: | 07 Sep 2026 16:25 |
| Queue Number: | 2026-09-Q5015 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125290 |
| Indexed In: | MyCite |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
