IIUM Repository

Gangguan perrbualan dalam rancangan bual bicara wanita hari ini

Idrus, Azean Idruwani (2022) Gangguan perrbualan dalam rancangan bual bicara wanita hari ini. In: 7 th International Conference on Social Sciences and Humanities (PASAK 7), 22-23 June 2022, Virtual. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (276kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (223kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (841kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (276kB) | Preview

Abstract

Rancangan bual bicara ialah rancangan yang membincangkan pelbagai topik dan melibatkan pemeran, iaitu pengacara dan orang yang diwawancara. Pengacara dan orang yang diwawancara memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan sesebuah rancangan bual bicara. Dalam rancangan bual bicara, perbualan menjadi unsur utama dalam menyampaikan maklumat serta pandangan tentang sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana perbualan antara pemeran dilakukan secara bersemuka dengan memasukkan elemen perbualan harian.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur gangguan dalam rancangan bual bicara program Wanita Hari Ini. Sebanyak lima topik daripada rancangan bual bicara program Wanita Hari Ini telah dipilih dan dianalisis berdasarkan kaedah analisis kandungan teks. Setiap ujaran dalam teks dianalisis menggunakan Model Celahan oleh Roslina Mamat (2004). Dapatan menunjukkan unsur gangguan perbualan dalam rancangan bual bicara program Wanita Hari Ini terdiri daripada celahan gangguan dan celahan pertolongan. Celahan gangguan ini digunakan untuk mengganggu percakapan penutur semasa, seterusnya membawa kepada pengambilan giliran secara tidak sah.Sementara celahan pertolongan pula merupakan celahan yang berperanan untuk menolong penutur semasa, sekiranya pertuturan tidak lancar.Seterusnya, unsur celahan ini turut digunakan untuk merancakkan perbualan.Unsur celahan ini bukan sahaja membantu dalam kelancaran berbahasa tetapi juga mewujudkan kefahaman dalam perbualan antara pemeran. Kesimpulannya ialah unsur celahan dalam perbualan bukan dianggap sebagai gangguan sebaliknya mempunyai fungsi yang tersendiri dan kemahiran menggunakan unsur gangguan dalam perbualan ini perlu difahami, dipelajari dan dikuasai oleh pengguna bahasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Gangguan;Celahan;Analisis Wacana; Analisis Perbualan: Bual Bicara
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 28 Jul 2022 12:38
Last Modified: 28 Jul 2022 12:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98823

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year