IIUM Repository

Seni tulisan jawi dalam kajian Bukhari Lubis

Ahmad Safian, Nursafira and Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee (2022) Seni tulisan jawi dalam kajian Bukhari Lubis. In: Esei dan Puisi Penghargaan kepada Profesor Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Persatuan Karyawan Perak & Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ipoh, Perak, pp. 155-174. ISBN 9789675877452

[img] PDF (Book Chapter) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Jika ditelusuri biografi Bukhari Lubis (akan ditulis sebagai BL selepas ini) seperti mana yang termaktub dalam buku syarahan perdana profesor yang bertajuk Kesusasteraan Islam Bandingan: Menyingkap Tabir Mengungkap Fikir yang telah dipersembahkan oleh beliau pada 2 Mei 2017 di Dewan Konvokesyen Bangunan E-Learning, UPSI, terdapat hubungan yang erat antara Kesusteraan Islami – bidang kajian utama beliau – dengan seni tulisan Jawi. Hal ini bertitik tolak daripada sistem tulisan ini yang mirip kepada tulisan Arab, Parsi dan Urdu (Muhammad Bukhari Lubis: 2020). Oleh itu adalah suatu yang tidak menghairankan apabila beliau dapat menguasai bahasa Arab dan Parsi selain turut menguasai Bahasa Turki, juga merupakan salah satu antara bahasa-bahasa Islami yang penting masa kini. Keprihatinan dan kecenderungan BL terhadap seni tulisan Jawi dapat dilihat dengan jelas apabila beliau banyak berkongsi idea menerusi seminar-seminar persidangan yang dianjurkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi atau badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Menurut beliau, setiap masa, lokasi atau di mana saja tulisan Jawi sewajarnya diletakkan agar tulisan ini dapat dimartabatkan. Peranan media massa juga amat penting dalam memberi sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan ini. Apabila semua pihak saling membantu dan menggembleng tenaga, usaha memartabatkan tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau penggunaannya, bukan sahaja di Alam Melayu tetapi juga di mata dunia (Shakila et. al., 2012: 88; Abdul Jalil, 2012: 6; Noraziah & Noorazam, 2019: 13). Selain daripada wacana dan diskusi ilmiah, BL turut melontarkan buah fikiran mengenai kepentingan melestarikan tulisan Jawi melalui penulisan sama ada dalam bentuk buku, kertas kerja, artikel yang diterbitkan bersama ahli-ahli akademik lain dalam prosiding seminar dan jurnal berwasit atau latihan ilmiah yang diselia oleh beliau sendiri, malah BL turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa penggubal Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (EJYD) – kemudian namanya berubah menjadi Ejaan Jawi Baharu (EJB) – sekaligus dilantik sebagai panel penyemak bagi EJYD oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sumbangan BL tidak hanya terhad dalam bentuk penulisan ilmiah yang mengangkat kesarjanaan beliau, malah beliau turut menggembleng tenaga dan minda untuk menghasilkan panduan sebagai penawar buat warga Malaysia khasnya yang berhasrat untuk menguasai sistem EJYD (Muhammad Bukhari, 2014: viii). Kepakaran BL turut diiktiraf apabila beliau turut dilantik sebagai panel penyemak pada tahun 2006 hingga 2007 bagi buku berjudul Cerdik Jawi (Tahun 1 hingga 6 KBSR) yang telah diterbitkan oleh Cerdik Publications. Buku ini ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Jawi dan modul j-QAF (Jawi – Quran – [bahasa] Arab – [Fardhu] 'Ain) sebagaimana yang dilihat dalam prakata. Buku yang memuatkan 8 aktiviti yang pelbagai dengan 2 set ujian penilaian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya untuk menguasai tulisan Jawi di samping meningkatkan penguasaan bahasa dan perbendaharaan kata. Buku yang mengandungi lebih daripada 450 soalan latih tubi dan dilengkapi dengan jawapan ini juga diharap dapat membantu murid-murid sekolah untuk memantapkan kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Tulisan Jawi, Bukhari Lubis, Warisan Alam Melayu, Pengajaran Jawi
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 09 Jan 2023 10:47
Last Modified: 10 Jan 2023 13:43
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98526

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year