IIUM Repository

Pengkonsepsian Rasa Sebagai Refleksi Emosi Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Nopiah, Julaina and Saiful Bahri, Nur Yasmin Afifie (2022) Pengkonsepsian Rasa Sebagai Refleksi Emosi Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. JURNAL LINGUISTIK, 26 (1). 016-033. ISSN ISSN 1823-9242

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (332kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengupas konsep rasa yang merangkumi rasa manis, masam, masin, pahit dan tawar serta asosiasinya sebagai refleksi emosi dalam peribahasa Melayu. Kajian ini memfokuskan lima konsep rasa serta asosiasinya, iaitu tebu mewakili manis, cuka mewakili masam, belacan mewakili masin, kopi mewakili pahit dan air mewakili tawar. Pemilihan lima peribahasa bagi setiap konsep rasa dianalisis dengan menerapkan pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) bagi melihat penggunaan peribahasa yang terkandung di dalam data korpus sedia ada bertepatan dengan maknaperibahasa. Sebanyak lima data peribahasa Melayu yang mengandungi konsep rasa sebagai refleksi emosi dipilih menerusi dua buah buku, iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa Melayu. Makna yang tersirat di sebalik konsep rasa sebagai refleksi emosi dihuraikan sehingga ke peringkat akal budi pemikiran masyarakatMelayu. Malahan hubungan antara masyarakat, bahasa serta ketajaman akal pemikiran Melayu dalam penghasilan peribahasa dapat diteliti menerusi pendekatan yang diaplikasikan. Pemilihan Pendekatan Semantik Inkuisitif dilaksanakan demimembuktikan makna tersirat berteraskan kognitif serta akal budi pemikiran Melayu yang terkandung dalam penghasilan peribahasa Melayu. Hasil kajian mendapati konsep rasa yang terkandung dalam peribahasa mengandungi refleksi emosi yang tersirat.Kata kunci: rasa, emosi, peribahasa Melayu, semantik inkuisitif, akal budi Melayu

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: rasa, emosi, peribahasa Melayu, semantik inkuisitif, akal budi Melayu
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 23 Jun 2022 10:37
Last Modified: 23 Jun 2022 10:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98488

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year