IIUM Repository

Remaja dan pornografi

Zakaria, Rozanizam (2020) Remaja dan pornografi. In: Gejala Sosial Remaja. Penerbit UKM, Bangi, pp. 88-99. ISBN 978-967-2429-52-4

[img] PDF (Chapter 6) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Isu pornografi dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah suatu isu terpencil yang boleh dipandang ringan. Pelbagai laporan dan kajian terkini berhubung isu pornografi menggambarkan keseriusan masalah ini dalam kalangan masyarakat. Kajian organisasi Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018, misalnya, mendedahkan bahawa kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja (Syalikha, 2019). Lebih parah, isu pornografi melibatkan kanak-kanak turut menjadi masalah yang kritikal pada masa ini. Ini diperakui berdasarkan laporan yang dibuat oleh Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Seksyen Siasatan Seksual, Wanita dan Anak (D11) Bukit Aman, Assisten Komisioner Ong Chin Lan yang mendedahkan, terdapat sebanyak 17,338 alamat IP melibatkan pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia. Ini sekaligus menjadikan Malaysia Negara tertinggi di Asia Tenggara yang mempunyai kes sedemikian (The Star Online, 2018). Fakta-fakta ini merupakan sebahagian dari realiti masalah pornografi di kalangan remaja yang berlaku pada hari ini. Bab ini akan merungkai isu ini dari beberapa aspek bagi memberi kefahaman kepada pembaca mengenai keseriusan epidemik pornografi di kalangan remaja. Bab ini akan turut akan menyentuh secara spesifik konteks remaja di Malaysia berdasarkan dapatan kajian sedia ada serta langkah yang boleh diambil bagi mencegah dan mengatasi masalah ini.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Adolescents, Social Problems, Pornography
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Depositing User: Dr Rozanizam Zakaria
Date Deposited: 21 Jun 2022 10:28
Last Modified: 21 Jun 2022 10:28
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98396

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year