IIUM Repository

Struktur perbualan dalam rancangan bual bicara

Idrus, Azean Idruwani and Sha’ri, Sharil Nizam and Mashudi, Rohaidah (2022) Struktur perbualan dalam rancangan bual bicara. e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK, 4 (1). pp. 42-57. E-ISSN 2682-8987

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (450kB) | Request a copy
Official URL: http:ejbl.kuis.edu.my

Abstract

Di Malaysia, rancangan bual bicara menjadi genre televisyen popular dan mendapat tempat penting dalam penjadualan televisyen. Rancangan bual bicara yang menyajikan maklumat berkisar hal rumah tangga menjadi kegemaran ramai khususnya dalam kalangan kaum wanita. Rancangan bual bicara Wanita Hari Ini bukan sahaja menyajikan rancangan yang menarik dan informatif bahkan juga berperanan dalam mendidik, mempengaruhi dan menghiburkan khalayak. Keteraturan ujaran oleh pengacara dan orang yang diwawancara dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti rancangan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan membincangkan struktur perbualan yang terdapat dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini. Data kajian merupakan ujaran terpilih yang terdapat dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Teori Analisis Perbualan (Heritage, 1992) diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur perbualan dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini terdiri daripada pembuka turutan, pasangan berdampingan, sisipan turutan, pra turutan, kecenderungan turutan, iaitu kecenderungan turutan yang disenangi serta ketidakcenderungan turutan yang tidak disenangi dan penutup perbualan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa perbualan yang berstruktur mewujudkan keteraturan dan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar sesebuah rancangan bual bicara. Kajian ini difikirkan amat bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kepada khalayak yang terlibat dalam rancangan bual bicara agar dapat berbual dengan baik dan memahami akan apa-apa yang dibualkan.

Item Type: Article (other)
Uncontrolled Keywords: struktur, perbualan, analisis perbualan, analisis wacana, bual bicara
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 08 Jun 2022 07:58
Last Modified: 08 Jun 2022 08:05
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98228

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year