Abd Rahman, Saodah
(2007)
Panduan hidup wanita & keluarga Islam.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.
ISBN 9869878719
Abstract
Sebuah buku yang mengetengahkan persoalan yang berlaku di dalam kehidupan muslimah dan permasalahan yang bersangkutan dengan isu-isu semasa seperti masalah perceraian, perkahwinan, kebersihan dan pelbagai isu yang berkaitan dengan kesejahteraan ummah.
Masalah-masalah yang berlaku ini sekiranya tidak dikendalikan dengan betul, akan memesongkan wanita Islam kerana agama Islam merupakan satu agama yang menganjur kepada kebaikan di dunia dan juga akhirat serta sentiasa memartabatkan kaum wanita. Oleh itu, adalah sesuatu yang membimbangkan sekiranya tidak diberikan kesedaran dan maklumat yang jelas kepada wanita Islam yang kurang prihatin terhadap peraturan Islam dan sentiasa merasakan bahawa agama ialah perkara yang berkaitan dengan ritual sahaja.
Buku ini boleh dijadikan asas pengajaran Islam kepada semua golongan wanita. Ia mengandungi ilmu fardu ain yang mudah difahami serta memberi panduan kepada wanita-wanita dalm mengamalkan hukum-hakam Islam secara yakin berkaitan dengan syariah Islam.
Actions (login required)
|
View Item |