IIUM Repository

Qisas dalam syariah Islamiah antara pengakuan dan pembatalan

Muhammad Husni, Ahmad and Muhammad Husni, Amin Bin (2022) Qisas dalam syariah Islamiah antara pengakuan dan pembatalan. Journal of Education and Social Sciences, 19 (1). pp. 15-22. ISSN 2289-9855

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (277kB) | Request a copy

Abstract

Qisas ialah suatu hukuman jenayah yang disyariatkan Allah untuk dilaksanakan oleh orang yang beriman kepada penjenayah yang telah melakukan jenayah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan konsep qisas dalam syariah islamiah. Adakah hukuman qisas ini sesuai dilaksanakan pada masa kini. Bagaimanakah pelaksanaan qisas ini apabila didapati bukti jenayah tidak cukup syarat-syarat yang mewajibkan qisas. Apakah kesan yang terjadi apabila hukuman qisas itu digantikan kepada pengampunan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kualitatif dari segi analisis dokumen, analisis ayat-ayat al-Quran, hadis, buku-buku ilmiah serta artikel-artikel yang berkenaan. Objektif kajian ialah untuk mendedahkan kepada pembaca mengenai indahnya hukum qisas ini pada hakikatnya. Memberi pengetahuan kepada pembaca akan pelaksanaan dan kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman qisas. Mengenal pasti negara yang melaksanakan hukuman qisas dan cara pelaksanaannya. Mengetahui adakah boleh dilaksanakan atau tidak pada masa kini. Kajian ini mendapati bahawa hukuman qisas tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya sehinggalah mendapati pembunuh atau penjenayah tersebut benar-benar cukup syarat untuk dilaksanakan qisas. Tidak semua penjenayah yang melakukan jenayah dilaksanakan hukuman qisas ke atasnya, terdapat juga penjenayah yang mendapat pengampunan dari mangsa atau keluarga mangsa. Diharapkan makalah ini dapat memberi pemahaman kepada pembaca tentang qisas dan pelaksanaannya. Kata Kunci: Qisas, Pelaksanaannya, Pengakuan,Pembatalan &Pengampunan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Qisas, Pelaksanaannya, Pengakuan,Pembatalan &Pengampunan.
Subjects: K Law > K5000 Criminal Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 25 Mar 2022 15:05
Last Modified: 25 Mar 2022 15:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/97357

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year