Md Nor, Siti Azizah
(2021)
Pustakawan di kampung, mahasiswa di kampus: pengalaman
Perpustakaan Dar al-Hikmah, UIAM mengurangkan isu depresi
dalam kalangan mahasiswa.
In: Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2021, 14-18 June 2021, Online - Zoom Platform.
Abstract
Depresi merupakan penyakit mental yang menyebabkan gangguan perasaan sehingga menjejaskan
kehidupan harian individu terbabit termasuklah dari aspek pemikiran, perasaan, tingkah laku dan
kesejahteraanya. Depresi dalam kalangan mahasiswa sangat lazim terjadi. Perlaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan membataskan pergerakan seluruh rakyat
Malaysia termasuklah mahasiswa. Keadaan ini memburukkan lagi isu depresi dalam kalangan
mahasiswa. Tulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui oleh Perpustakaan
Dar al-Hikmah dalam mengurangkan isu depresi dalam kalangan mahasiswa Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terkandas di kampus, melalui perkhidmatan perpustakaan.
Dalam tulisan ini, penulis menjelaskan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan
semasa pandemik Covid 19, impak perkhidmatan yang ditawarkan kepada mahasiswa yang terkandas
di kampus, sumbangan kecil kakitangan perpustakaan yang memberi impak yang besar dan
kepentingan sikap saling percaya mempercayai antara ahli pasukan dalam menawarkan
perkhidmatan. Hasil daripada tulisan ini dapat memberi maklumat dan pendedahan tentang
perkhidmatan yang boleh mengurangkan isu depresi dalam kalangan mahasiswa yang terkandas di
kampus semasa pandemik Covid 19. Tulisan ini dicadangkan agar dapat dijadikan sebagai panduan
untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan dan cara bekerja dalam kalangan ahli pasukan dalam
menyediakan perkhidmatan yang berimpak tinggi.
Depression is a mental illness that causes emotional disorders and affect the daily life of an individual,
including thoughts, feelings, behavior and well-being. Depression among students is very common. The
implementation of Movement Control Order (MCO) announced by the government restricts the
movements of all Malaysians, including students. This situation worsened the issues of depression
among students. This article aims to share the experience of the Dar al-Hikmah Library in reducing the
issue of depression among students of the International Islamic University Malaysia (IIUM) who are
stranded on campus, through the library services. In this paper, the author will explain the services
offered by the Library during the Covid 19 pandemic, the impact of services offered to the students who
are stranded on campus, the small contribution of the library staff that gave a big impact and the
importance of mutual trust among team members in offering service. This paper will provide
information on the services that can help to reduce the issues of depression among stranded students
during the Covid 19 pandemic. This paper is proposed to be considered as a guide to improve the service
quality and ways of working among team members in providing high impact services.
Actions (login required)
|
View Item |