Mohd Zawawi, Abdullah Zawawi and al-Akiti, Muhammad Ayman and Zulkefli, Ahmad Arif and Abdul Halim, Zainul Abidin (2021) Pemikiran akidah Shaykh Nāẓim Al-Qubruṣī menurut Ahli Sunnah Waljamaah: ulasan kritikal terhadap dakwaan dalam isu-isu Tasawuf. Al-Hikmah Journal of Islamic Dakwah, 13 (2). pp. 3-34. ISSN 1985-6822 E-ISSN 2462-1242
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini merupakan suatu kritikan terhadap tesis yang bertajuk ‘Pemikiran Akidah Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī Menurut Ahli Sunnah Waljamaah’, sebuah tesis di peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang meneliti beberapa sisi pandangan akidah dan tasauf Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī. Penulis tesis telah menyimpulkan bahawa ajaran Shaykh Nāẓim sebagai bercanggah dengan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang benar. Namun, penelitian yang mendalam terhadap tesis mendapati bahawa termuat padanya beberapa kesalahan dan kecacatan dari segi penggunaan metodologi dan penghujahan. Penulis tesis dilihat gagal untuk memahami beberapa perumpamaan dan metafora berbahasa Inggeris, mereka-reka andaian sendiri secara sengaja dan tidak meraikan khilāf para ilmuwan dalam beberapa isu tertentu. Ini ditambah pula dengan kenyataan bahawa Tarekat Shaykh Nāẓim ini telah pun diperakui untuk diamalkan di Negeri Sembilan; oleh kerana itu, kajian ini ditulis bagi menganalisis beberapa dakwaan salah terkait isu-isu tasauf yang terkandung di dalam tesis serta meneliti interpretasi penulisnya terhadap teks-teks Shaykh Nāẓim dalam isu-isu tersebut. Metodologi yang diguna pakai adalah kajian tekstual analisis tesis. Isu-isu yang dibahaskan termasuklah mengenai kesahihan sanad tarekat Shaykh Nāẓim, konsep Nūr Muḥammad, isu wali bersifat dengan sifat-sifat Allāh, stesen kuasa wali, wali memiliki aroma khas dan wali mengetahui ilmu rahsia di dalam al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa dakwaan yang dinyatakan di dalam tesis adalah tidak benar dan tersasar daripada apa yang dimaksudkan oleh Shaykh Nāẓim. Hal ini dilihat berpunca daripada beberapa faktor antaranya seperti bergantung kepada sumber sekunder sebagai rujukan, tidak membuat pengesahan maklumat, tidak memahami perumpamaan dan metafora bahasa Inggeris, pengabaian konteks, pembacaan yang tidak luas dalam bidang akidah dan tasauf sehingga membuat kesimpulan yang bersandar kepada andaian semata-mata.
Actions (login required)
View Item |