IIUM Repository

Persepsi guru-guru Bahasa Melayu di SJK Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap penguasaan kemahiran lisan Bahasa Melayu sepanjang pandemik Covid-19

Nahar, Nora'Azian and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Persepsi guru-guru Bahasa Melayu di SJK Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap penguasaan kemahiran lisan Bahasa Melayu sepanjang pandemik Covid-19. In: Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Kali Ke-7 2021, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (19MB) | Request a copy

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian merupakan kaedah alternatif terbaik bagi meneruskan sesi pelajaran sepanjang pandemik COVID-19 ini. Namun mampukah guru-guru mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) secara maya? Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran lisan murid bukan penutur natif sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan. Responden kajian ini terdiri daripada 101 orang guru peserta Program Perkongsian Ilmu secara maya dari 16 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kaedah temu bual. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 34 item menggunakan maklum balas skala Likert 5 mata dan soalan separa struktur. Data-data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 25.0. Hasil dapatan menunjukkan bahawa persepsi guru-guru Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran lisan secara PdPR adalah positif. Usaha mendepani cabaran melaksanakan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan juga tinggi semasa melaksanakan PdPR dalam normal baharu ini. Impak perkongsian ilmu diharapkan guru-guru bukan opsyen dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur semasa PdPR dan kelas semuka untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR); penguasaan kemahiran lisan; persepsi; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 04 Jan 2022 11:58
Last Modified: 04 Jan 2022 11:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95723

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year