IIUM Repository

Mendepani cabaran literasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid orang asli jakun Lenga, Johor: satu tinjauan awal

Rosly, Nurul Jamilah and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita (2021) Mendepani cabaran literasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid orang asli jakun Lenga, Johor: satu tinjauan awal. In: 4th International Conference of Languages, Education and Tourism (ICLET) 2021, Pagoh.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti teknik pengajaran literasi bahasa Melayu disamping mengenalpasti masalah literasi yang dialami oleh murid Orang Asli di Lenga, Johor. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian serta menggunakan sampel kajian daripada 23 orang murid Orang Asli keturunan Jakun dalam Tahun 1 hingga Tahun 6. Lokasi kajian memfokuskan kajian di sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Lenga. Kajian ini juga menggunakan data temu bual yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berlanjar dengan lancar dan sistematik sesuai dengan tahap keperluan pelajar. Hasil pemerhatian juga mendapati murid Orang Asli dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan rancangan aktiviti yang ditentukan oleh guru. Namun didapati terdapat masalah utama yang dihadapi dalam pembelajaran literasi bahasa Melayu ini iaitu isu motivasi pelajar dan sikap ibu dan bapa masyarakat orang Asli tersebut dalam memberikan motivasi kepada anak mereka untuk terus belajar. Selain itu, faktor kesedaran masyarakat orang Asli tersebut yang tidak meletakkan pendidikan sebagai satu jaminan pada masa hadapan untuk terus berjaya. Faktor ini juga mejejaskan minat kepada anak-anak orang Asli ini untuk terus mempelajari bahasa Melayu kerana mereka menganggap tiada kepentingan untuk bertutur dalam bahasa Melayu berbanding dengan bahasa inbunda mereka. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pembinaan kurikulum, pentadbiran sekolah dan guru-guru yang mengajar murid Orang Asli.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: bahasa Melayu, literasi, pendidikan orang Asli dan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 28 Dec 2021 16:38
Last Modified: 28 Dec 2021 16:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95357

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year