IIUM Repository

Analisis stilistik dalam himpunan puisi Baharudin Zainal

Mohd Rashidi, Nurul Auni Nadhirah and Idrus, Azean Idruwani (2021) Analisis stilistik dalam himpunan puisi Baharudin Zainal. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (2). pp. 105-112. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Registered users only

Download (566kB) | Request a copy
[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (224kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini membincangkan 16 puisi pilihan yang terkandung dalam “Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa” oleh Sasterawan Negara, Baharudin Zainal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan diksi yang berunsurkan alam serta menganalisis jenis-jenis makna yang ditemui dalam penulisan puisi tersebut. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis kandungan teks sebagai kaedah kajian. Bagi menganalisis keseluruhan puisi ini, pengkaji menggunakan Teori Makna oleh Leech (1974) yang menggariskan lima jenis makna, iaitu makna denotasi, makna konotasi, makna afektif, makna figuratif dan makna kolokasi. Menerusi dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penggunaan diksi yang berunsurkan alam amat dominan dan signifikan dalam penulisan puisi tersebut.Selain itu, kajian ini turut menepati kelima-lima jenis makna yang disandarkan untuk menggambarkan sesuatu makna. Hasil analisis yang dilakukan juga membuktikan bahawa penulisan Baharudin Zainal sememangnya menggunakan alam semesta sebagai simbol atau perlambangan untuk menzahirkan makna yang tersirat. Secara keseluruhannya, kajian ini membantu pengkaji memahami isi dan penyampaian penulisan puisi Melayu dengan lebih terperinci.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Teori Makna, puisi, alam, diksi, kualitatif
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 27 Dec 2021 11:43
Last Modified: 27 Dec 2021 11:43
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95257

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year