IIUM Repository

Struktur turutan interaksi dalam wacana wawancara di televisyen

Idrus, Azean Idruwani and Mashudi, Rohaidah (2021) Struktur turutan interaksi dalam wacana wawancara di televisyen. In: 7th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2021), Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (660kB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (11MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Wacana wawancara Wanita Hari Ini merupakan rancangan yang membincangkan isu-isu berkaitan hal rumah tangga dan menjadi kegemaran ramai khususnya dalam kalangan kaum wanita. Keteraturan ujaran oleh pengacara dan orang yang diwawancara mempengaruhi khalayak untuk terus mengikuti wacana wawancara tersebut. Dalam wacana wawancara matlamat utama ialah memperoleh dan menyampaikan maklumat berkaitan isu kewanitaan. Justeru, struktur turutan interaksi yang teratur merupakan unsur utama yang melatari sesebuah wacana wawancara. Kajian ini memberi tumpuan kepada wacana wawancara Wanita Hari Ini yang bersiaran secara langsung di TV3. Tumpuan kajian adalah terhadap skrip pengacaraan, iaitu tujuh topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga dan mentranskripsi ujaran pengacara dengan orang yang diwawancara. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Teori Analisis Perbualan, Model Struktur Turutan Interaksi dan Unsur Celahan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan struktur turutan interaksi oleh pemeran dalam wacana wawancara Wanita Hari Ini. Hasil kajian menunjukkan wujud struktur turutan interaksi yang terdiri daripada pembuka, isi dan penutup perbualan. Kewujudan struktur turutan interaksi memperlihatkan bahawa wujudnya keteraturan dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu wacana wawancara yang bersiaran secara langsung di televisyen.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: struktur; turutan interaksi; wacana; wawancara; analisis perbualan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 11 Jan 2022 12:27
Last Modified: 11 Jan 2022 12:27
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95248

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year