IIUM Repository

Turutan Perbualan dalam Program Pengacaraan

Idrus, Azean Idruwani and Mashudi, Rohaidah and Sha'ri, Sharil Nizam (2021) Turutan Perbualan dalam Program Pengacaraan. In: Proceedings ELSA 2021 Virtual Conference, International Conference On Education & Languages for Students and Adult Learners, 26-28.10.2021, Seri iskandar,Perak.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (597kB) | Request a copy

Abstract

Dalam setiap program pengacaraan dapat diperhatikan bahawa perbualan yang terjalin antara pengacara dengan orang yang diwawancara (ODW) adalah merujuk kepada topik perbincangan bagi melengkapkan struktur interaksi. Program pengacaraan berperanan mengupas dan membincangkan pelbagai topik dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan membincangkan turutan perbualan dalam rancangan Wanita Hari Ini, iaitu dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Pemeran terdiri daripada pengacara dan ODW. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan analisis kualitatif dengan mengaplikasikan Model Struktur Interaksi. Hasil analisis memperlihatkan dalam program pengacaraan mengandungi turutan perbualan yang efektif yang terdiri daripada pembuka, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab dan penutup perbualan. Ini memperlihatkan bahawa turutan perbualan diaplikasikan oleh pemeran sesuai dengan peranan mereka dalam program pengacaraan. Kesimpulannya turutan perbualan dikawal sepenuhnya oleh pemeran dalam program pengacaraan dan ini memberikan kesan terhadap kelancaran dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu program pengacaraan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: turutan; perbualan; analisis perbualan; analisis wacana; rancangan bual bicara
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 03 Jan 2022 11:27
Last Modified: 03 Jan 2022 11:27
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95242

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year