IIUM Repository

Watak wanita dalam cerpen Zurinah Hassan

Ahmad, Muhammad Anwar (2021) Watak wanita dalam cerpen Zurinah Hassan. In: Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Zurinah Hassan, Virtual. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan menganalisis watak-watak dan ciri-ciri perwatakan wanita dalam cerpen-cerpen terpilih daripada Kumpulan Cerpen: Meneruskan Perjalanan karya Sasterawan Negara Zurinah Hassan. Cerpen-cerpen terpilih ini menyaksikan kehadiran watak-watak wanita Melayu Islam yang berprinsip agama dan resam Melayu di samping berfikiran dan berazam maju. Mereka terdiri daripada pelajar, pendidik, penulis, pegawai dan sebagainya. Jika ditinjau kajian-kajian lepas kebiasaanya karya-karya sebegini akan diteliti dan dikaji menggunakan kerangka analisis Feminisme Barat. Namun mutakhir ini terdapat beberapa orang sarjana Arab dan Melayu melalui kajian mereka menegaskan kerangka analisis Feminisme Barat ini bercanggah dan bertentangan dengan akidah dan ajaran Islam. Bertitik tolak daripada premis ini maka kertas kerja ini akan menganalisis cerpen-cerpen terpilih Zurinah Hassan berasaskan konsep dan kerangka sastera Islam “al-Adab al-Islami” yang diketengahkan oleh Muhammad Qutb dan seterusnya didokong dan diperteguhkan oleh kritikawan-kritikawan dan sasterawan-sasterawan Arab seperti Najib al-Kilani, Abdul Rahman Ra’fat Basha, Ali al-Tantawi, Imaduddin al-Khalil, Walid Qassab dan lain-lain lagi. Konsep sastera al-Adab al-Islami ini melihat sastera sebagai “ekspresi indah tentang alam, insan dan kehidupan berdasarkan pandangan sarwa Islam, akidah dan nilai-nilai moral keagamaan”.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Watak Wanita, perwatakan, sastera Islam, al-Adab al-Islami, Zurinah Hassan, cerpen
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Muhammad Anwar Ahmad
Date Deposited: 17 Dec 2021 16:25
Last Modified: 17 Dec 2021 16:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94919

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year