IIUM Repository

Estetika rasa dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif

Nopiah, Julaina and Ahmad Fadzil, Muhammad (2021) Estetika rasa dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (2). pp. 113-135. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (344kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan rasa. Dalam kajian ini, sebanyak tiga unsur rasa yang telah dipilih, iaitu rasa kasih, rasa gembira dan rasa duka. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com.my dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus dan imej binaan yang menunjukkan persamaan antara konsep yang dibawa dengan elemen pemaknaan dalam peribahasa yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan perlambangan objek, flora dan fauna dalam peribahasa Melayu yang berunsurkan rasa berfungsi sebagai kekuatan dalam meluahkan rasa, di samping mempunyai hubungan erat antara alam dan kehidupan masyarakat Melayu. Setiap objek perlambangan yang bersifat konkrit dalam peribahasa telah diterjemahkan melalui imej pemaknaan yang bersifat abstrak melalui emosi dan perasaan. Bukan itu sahaja, hasil kajian juga membuktikan bahawa kewujudan peribahasa Melayu bukan hanya mengambil sifat abstrak, analogi dan konsepsi daripada objek sekeliling, malah merupakan satu falsafah ilmu atau akal budi yang dijadikan amalan dalam masyarakat Melayu yang dipindahkan dalam ungkapan yang berbentuk peribahasa. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa pendekatan semantik inkuisitif yang digunakan sudah begitu ampuh bagi meneliti falsafah dan akal budi Melayu.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Peribahasa Melayu, Akal Budi Melayu, Semantik Inkuisitif, Rangka Rujuk Silang
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 15 Dec 2021 13:22
Last Modified: 15 Dec 2021 14:49
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94823

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year