IIUM Repository

Leksikal ‘hati’ dalam simpulan bahasa: analisis semantik inkuisitif

roslan, Nurul Syazana and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Leksikal ‘hati’ dalam simpulan bahasa: analisis semantik inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (2). pp. 155-170. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (316kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini akan menganalisis penggunaan leksikal ‘hati’ yang terdapat dalam simpulan bahasa Melayu berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif dan rangka rujuk silang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan data simpulan bahasa yang mempunyai leksikal ‘hati’ diambil daripada Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, penulisan Abdullah Hussain (2016) dan buku Peribahasa Melayu, Penelitian Makna dan Nilai oleh Zaitul Azma dan Ahmad Fuad (2011). Hasil dapatan data menunjukkan simpulan bahasa ini dapat dibahagikan kepada empat domain utama iaitu domain positif, negatif, perasaan dan tingkah laku. Berdasarkan tatatingkat semantik inkuisitif, iaitu tahap semantik skrip, tahap semantik resonans dan tahap semantik inkuisitif ini mendapati bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat menghargai apa yang ada di sekeliling mereka. Pembentukan simpulan bahasa daripada leksikal ‘hati’ bukan sahaja daripada aspek unsur alam seperti hati tungau dan hati tikus. Malah, terdapat juga aspek ketuhanan seperti hati tawajuh selain unsur logam seperti hati emas. Secara keseluruhan, analisis semantik inkuisitifdapat dilihat sebagai pendekatan kajian makna simpulan bahasa yang menghubungkaitkan data, teori, kognitif, falsafah serta akal budi masyarakat Melayu yang menjadi tunjang bagi memahami makna sesuatu simpulan bahasadengan lebih terperinci dan menyeluruh.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 6500/94618
Uncontrolled Keywords: semantik inkuisitif, simpulan bahasa, leksikal, hati, falsafah
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 09 Dec 2021 14:28
Last Modified: 09 Dec 2021 14:28
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94618

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year