IIUM Repository

Pencetus utama konflik perkahwinan sepanjang fasa pertama perkahwinan dalam kalangan pasangan muda: kajian kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Mohamad@Asanar, Hamid and Zakaria, Siti Marziah and Hj Manap, Jamiah and Ibrahim, Muhamad Ariff (2021) Pencetus utama konflik perkahwinan sepanjang fasa pertama perkahwinan dalam kalangan pasangan muda: kajian kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). In: Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 (PERKKS 2021), 16-17 November 2021, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (2MB) | Preview
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (857kB) | Request a copy

Abstract

Fasa pertama perkahwinan sering dikaitkan dengan fasa krisis, fasa penyesuaian dan fasa tekanan. Kejayaan pasangan muda melalui fasa ini akan menjamin kestabilan perkahwinan dan kelangsungan institusi keluarga. Penceraian merupakan ancaman utama kepada pasangan muda dalam fasa pertama perkahwinan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencetus konflik perkahwinan sepanjang fasa pertama perkahwinan (1-10 tahun) dalam kalangan pasangan muda di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian kualitatif dengan teknik temu bual separa berstruktur berdasarkan pendekatan fenomenologi digunakan di dalam kajian ini. Persampelan kajian yang digunakan adalah persampelan bukan kebarangkalian iaitu dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan atau “purposive sampling”. Pengkaji menetapkan ciri-ciri yang perlu ada pada informan iaitu berkahwin dalam tempoh 1 hingga 10 tahun, tinggal dan bekerja di Selangor dan berumur kurang daripada 40 tahun. Saiz sampel untuk kajian kualitatif ini adalah seramai enam (6) orang dan dipilih berdasarkan teknik variasi maksimum. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis temantik ke atas transkrip temubual responden. Hasil analisis menunjukkan terdapat tiga (3) pencetus utama konflik perkahwinan dalam kalangan pasangan muda iaitu krisis kewangan, masalah komunikasi, dan campur tangan keluarga. Pencetus konflik ini jika tidak ditangani akan memburukkan lagi kualiti perkahwinan seterusnya boleh membawa kepada penceraian. Modul pengurusan konflik akan dicadangkan bagi membantu pasangan muda yang baru berkahwin mencapai kefungsian dan kualiti dalam perkahwinan, terutamanya pada fasa pertama perkahwinan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Uncontrolled Keywords: konflik perkahwinan, fasa pertama perkahwinan, pasangan muda, krisis
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Nutrition Sciences
Depositing User: Dr Muhamad Ariff Ibrahim
Date Deposited: 13 Dec 2021 14:49
Last Modified: 13 Dec 2021 14:49
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94072

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year