IIUM Repository

Sejarah perkembangan Pendidikan Islam di Kedah

Mohd Nor, Mohd Roslan and Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Ahmad Safian, Nursafira (2021) Sejarah perkembangan Pendidikan Islam di Kedah. In: Islam di Kedah: perkembangan dan kelestarian. Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor, pp. 47-58. ISBN 978-967-2623-41-0

[img]
Preview
PDF (Bab 5) - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pendidikan Islam merupakan suatu sistem pendidikan yang wujud lebih awal di Malaysia berbanding sistem pendidikan lain. Ia dilihat sebagai satu sistem yang penting dalam mendidik masyarakat di negara ini. Kewujudan sistem pendidikan Islam ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang mendorong sehingga ia menjadi penting dalam membangunkan modal insan untuk masa depan negara. Antara faktor yang berkaitan dengan pendidikan Islam ialah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Kedatangan Islam dilihat telah membentuk satu pola kehidupan di mana ia turut memberi kesan dengan terbinanya madrasah-madrasah yang memberi fokus dalam pendidikan agama. Hal ini turut dikukuhkan dengan sikap para raja Melayu yang banyak membuka ruang kepada penyebaran Islam di Tanah Melayu. Wujud segelintir raja Melayu yang membenarkan pengajian-pengajian berjalan di istana-istana mereka. Ini membuatkan penyebaran Islam berjalan dengan dokongan hubungan ‘power and knowledge’. Lebih jelas, ia adalah hubungan ulama’ dan umara’. Di bahagian utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, keadaan pendidikan Islam ternyata tidak ketinggalan dan menikmati perkembangan yang pesat. Negeri-negeri tersebut pernah dilihat sebagai sebahagian daripada pusat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Ramai tokoh-tokoh yang muncul berasal dari negeri-negeri tersebut. Ada di antara tokoh-tokoh Islam telah mendirikan madrasah dan menyediakan prasarana pendidikan Islam untuk dikembangkan dan diajar di madrasah-madrasah atau pondok mereka. Perkembangan pesat pendidikan Islam di Kedah ini jelas kelihatan setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penubuhan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di bawah kelolaan JHEINK membuktikan iltizam Kedah dalam memastikan sistem pendidikan Islam di negeri tersebut berjalan dengan baik. Malah, penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada tahun 1995 dan dinaiktaraf sebanyak dua kali sebagai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada tahun 2006 dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) pada tahun 2018 membuktikan betapa perkembangan pendidikan Islam di Kedah sentiasa mengalami kemajuan seiring peredaran masa.

Item Type: Book Chapter
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 03 Dec 2021 16:47
Last Modified: 11 Jan 2023 08:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/94006

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year