IIUM Repository

Lebah Kelulut Urban ‘Maniskan’ Kehidupan Komuniti Taman Melewar

Amir, Adibah and Sidek, Khairul Azami (2021) Lebah Kelulut Urban ‘Maniskan’ Kehidupan Komuniti Taman Melewar. BERNAMA Tinta Minda, 13 October 2021.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview

Abstract

Hampir dua tahun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberikan pelbagai kesan langsung kepada rakyat di Malaysia. Antara implikasi besar yang dibawa oleh wabak COVID-19 ialah kemerosotan ekonomi yang mengganggu proses kelangsungan hidup. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan ketika tempoh yang sukar ini. Bagi penduduk di bandar, mereka lebih terkesan lagi kerana kos hidup di bandar yang tinggi. Menurut kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), lebih daripada dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di bandar. Tambahan pula, berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kemiskinan penduduk telah meningkat daripada 5.6 peratus pada 2019 kepada 8.4 peratus pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19. Kos sara hidup yang tinggi dan kemiskinan bandar semakin menekan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menyedari cabaran kehidupan masyarakat yang semakin menghimpit, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan rakan industri, My Iqra PLT mengambil inisiatif untuk membantu dengan melaksanakan program penternakan kelulut bersama Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar, Kuala Lumpur melalui Program Pemindahan Ilmu Skim Geran Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 4698/93013
Uncontrolled Keywords: Lebah, Kelulut, Melewar, SDG
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S494.5.S86 Sustainable agriculture
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Engineering > Department of Electrical and Computer Engineering
Depositing User: Assoc Prof Dr Khairul Azami Sidek
Date Deposited: 13 Oct 2021 15:21
Last Modified: 13 Oct 2021 15:21
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/93013

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year