IIUM Repository

Representasi semantik predikat kausatif aktiviti peralihan milik dalam Bahasa Melayu berdasarkan tatabahasa peranan dan rujukan

Malee, Ibrohim and Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Ong, Su Teck (2021) Representasi semantik predikat kausatif aktiviti peralihan milik dalam Bahasa Melayu berdasarkan tatabahasa peranan dan rujukan. Humanities Journal Graduate Studies Edition, 10 (1). pp. 120-131. ISSN 2256-7457

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (771kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan analisis predikat kausatif aktiviti dan struktur logik yang terhasil bagi kata kerja aktiviti dalam bahasa Melayu. Analisis struktur logik berdasarkan pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR) dilihat mampu meneliti secara ilmiah kajian ini serta memberi kesahihan bagi data-data yang diperoleh. Sehubungan itu, predikat kausatif aktiviti dapat difahami sebagai punca atau sebab bagi kata kerja yang berlaku dan menabirkan sesuatu yang baharu. Kajian ini turut memperihalkan secara terperinci bahawa terjadi juga ketiadaan imbuhan menN-kan, meN-i, -i dan -kan bagi menunjukkan ciri ‘menyebabkan’ terhadap predikat kausatif aktiviti. Justeru itu, kata kerja aktiviti yang diberi perhatian dalam kajian ini ialah Kata Kerja Peralihan Milik yang mempunyai imbuhan awalan meN- sahaja seperti memberi, menyumbang, menderma, mengirim, menjual, membeli, mengepos, mencuri, merompak dan meragut. Dengan menggunakan data korpus yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kajian ini menyerlahkan lagi dapatan yang diperolehi daripada ruangan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro yang mengandungi data penulisan bahasa Melayu. Kata kunci: Predikat Kausatif; Kata Kerja Aktiviti; Kelas Aktionsart; Bahasa Melayu; Struktur Logik

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Predikat Kausatif; Kata Kerja Aktiviti; Kelas Aktionsart; Bahasa Melayu; Struktur Logik
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 12 Oct 2021 14:34
Last Modified: 12 Oct 2021 14:34
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92977

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year