Zakaria, Rozanizam (2021) Penyelesaian kolektif, berstrategi tangani tekanan mental serius. Berita Harian, 02 July 2021.
|
PDF
Download (156kB) | Preview |
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (14MB) | Request a copy |
Abstract
SEJAK kes pertama COVID-19 di negara ini tahun lalu, pandemik belum menunjukkan tanda reda. Selain impak kepada kesihatan dan ekonomi, kesan terhadap psikologi serta sosial antara menjadi perhatian semua. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memberi peringatan mengenai peningkatan kes bunuh diri membabitkan tekanan akibat pandemik. Dengan 336 kes bunuh diri dilaporkan hingga Mac lalu, dikhuatiri jum- lah ini terus meningkat seperti peningkatan kes dilaporkan pada 2020 berbanding 2019. Namun, sukar untuk menilai impak sebenar kes bunuh diri dalam tempoh pandemik ini berikutan kesukaran mendapatkan data tepat. Situasi sebenar hanya boleh dinilai berdasarkan data semasa, sedangkan kebanyakan data kita miliki bersifat retrospektif. Secara global, trend kejadian bunuh diri berlaku dalam keadaan tidak spesifik. Ada kajian menunjukkan peningkatan pada sesetengah negara dan ada juga sebaliknya. Perubahan trend juga berlaku mengikut masa kajian dilakukan. Jepun sebagai contoh, merekodkan penurunan kes bunuh diri 20 peratus pada fasa awal pandemik berbanding sebelumnya. Namun, selepas Ogos tahun lalu, kes itu kembali meningkat 7.7 peratus.
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine |
Depositing User: | Dr Rozanizam Zakaria |
Date Deposited: | 22 Sep 2021 16:48 |
Last Modified: | 22 Sep 2021 16:48 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92380 |
Actions (login required)
View Item |