Abd Hamid, Mohd Azrul Azlen
(2018)
Al-Quran Al-Karim & Terjemahan (Al-Ghufran) Dengan Panduan Waqaf & Ibtida'.
Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
ISBN 9555056834228
Abstract
AI-Quran yang sedia ada di pasaran kini lebih memfokuskan kepada terjemahan ayat-ayat al-Quran sahaja, namun tidak memberikan info-info tambahan yang lain sebagai nilai tambah untuk para pembaca mengenai al-Quran tersebut. Oleh itu, dengan pencambahan idea dan pembaharuan
yang dilakukan oleh pihak penerbitan, dan dapatlah menghasilkan alQuran yang mempunyai nilai komersial serta keunikan yang tiada pada al-Quran lain. Selepas proses penyemakan berlangsung, kami mendapati AI-Quran
Al-Karim dan Terjemahan AI-Ghufran dengan Panduan Waqaf dan lbtida' bukan sahaja memberi kemudahan kepada para pembaca dari sudut terjemahan, malah memberi maklumat tambahan untuk mengukuhkan kebenaran al-Quran apabila sesuatu ayat itu diturunkan oleh Allah. Contohnya, terdapat hadis, asbabul nuzul serta doa daripada ayat alQuran yang boleh diamalkan oleh para pembaca. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf dan lam
satu huruf serta mim satu huruf"
Actions (login required)
|
View Item |